Waris korban banjir dapat sumbangan RM10,000

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10,000 bagi setiap mangsa yang terkorban akibat banjir di beberapa negeri sejak minggu lalu.

Perdana Menteri berkata, dana itu yang tidak merangkumi sumbangan kerajaan negeri, akan disalurkan kepada waris mangsa yang terkorban akibat banjir besar yang berlaku di beberapa negeri di Semenanjung ketika ini.

“Kepada mangsa yang terkorban, kita amat bersimpati dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Untuk itu, kerajaan persekutuan akan memberikan bantuan kepada waris bagi setiap mangsa banjir yang terkorban.

“Kerajaan persekutuan memutuskan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 untuk setiap individu yang terkorban.

“Saya difahamkan kerajaan negeri akan turut memberi sumbangan. Antaranya kerajaan Pahang yang akan menyumbang RM5,000 kepada waris mangsa,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di Bentong, hari ini.

Sidang media itu diadakan selepas Ismail Sabri selesai turun padang meninjau situasi di lima PPS di Pahang, iaitu tiga di Mentakab dan dua di Bentong.

Ketika tinjauan itu, beliau turut mengambil kesempatan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS berkenaan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, Bantuan Wang Ihsan RM1,000 kepada ketua keluarga yang terjejas dengan banjir akan disegerakan dan dibayar sebelum mereka pulang ke rumah dari PPS.

Beliau memaklumkan, proses pembayaran wang ihsan itu sudah bermula, antaranya di Melaka, dan yakin negeri lain juga boleh menyegerakan bayaran berkenaan bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Saya sudah arahkan supaya bayaran dibuat sebelum mereka pulang ke rumah, dan saya juga arahkan untuk urusan pembayaran wang ihsan ini dipermudahkan.

“Bagi mereka yang berpindah, data mereka sudah dikumpulkan sewaktu mereka masuk mendaftar sebagai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS.

“Jadi, gunakan data itu untuk membuat bayaran. Tak perlulah minta mereka isi borang dan sebagainya kerana data sudah ada, kita hanya bayar saja,” katanya.

Bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, Ismail Sabri memaklumkan mereka juga layak mendapat bantuan itu, namun perlu memaklumkan situasi mereka kepada pejabat daerah masing-masing.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment