Tujuan UMNO mendesak pengeluaran KWSP dipersoalkan

“Mengapa perlu desak KWSP?”

Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa segelintir pemimpin UMNO cuba memperjudikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila terus mendesak institusi itu mengeluarkan dana simpanan kepada pencarumnya.

—> SIla baca juga [INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Intipati Kenyataan

  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata dana besar sehingga RM101 bilion yang dikeluarkan sebelum ini menerusi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra memaksa dana KWSP kini semakin menipis.
  • “Dulu pemimpin UMNO juga yang hampir musnahkan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kakitangan awam apabila RM4 bilion wang pencen kakitangan sektor awam dipinjam oleh 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
  • “Lesap wang itu. Kerajaan juga yang terpaksa pikul beban dan bayar hutang. Kini pemimpin UMNO nak hancurkan pula wang simpanan pencen pekerja swasta dalam KWSP.
  • “RM101 bilion wang KWSP sudah dikeluarkan oleh pekerja melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Hampir habis sudah wang simpanan pekerja dalam KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
  • Beliau turut mempersoalkan sama ada pemimpin UMNO sudah bankrap idea dengan membuat gesaan berterusan seperti itu.
  • Mempersoalkan kualiti pemimpin UMNO ketika ini, Hassan berkata alasan bencana banjir yang diberi Presiden hingga Ketua Pemuda UMNO tidak boleh diterima.
  • Beliau turut membangkitkan kebimbangan bahawa kira-kira enam juta pencarum KWSP atau hampir 50 peratus daripada mereka mempunyai baki simpan di KWSP yang tidak mencecah RM10,000.
  • Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran RM10,000 daripada KWSP biarpun ada permintaan ia dipertimbangkan bagi meringankan beban mangsa banjir terjejas.

–> Sila baca juga Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Lepasan dan Penganggur RM400 – RM600

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web BKM yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment