Ulangkaji Sains Tahun 3 Unit 3: Manusia (KSSR Semakan 2017)

Jenis dan Struktur Gigi

  • Manusia mempunyai tiga jenis gigi:
  • Gigi kacip: Memotong makanan.
  • Gigi taring: Mengoyakkan makanan.
  • Gigi geraham: Melumatkan makanan.

Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, struktur gigi dari luar ke dalam ialah:

  • (i) enamel,
  • (ii) dentin,
  • (iii) gusi,
  • (iv) saraf dan
  • ​(v) salur darah.

terdapat dua set gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal.

Kedua-dua set gigi mempunyai jenis gigi yang sama, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.

Cara penjagaan kesihatan gigi:

  • Berkumur dapat mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada celah gigi.
  • Gigi diberus menggunakan ubat gigi yang digosokkan di setiap permukaan gigi. Beruslah gigi sekurang-
  • kurangnya dua kali sehari.
  • Untuk menggunakan flos, selitkan tali flos di celah gigi dan gerakkannya untuk mengeluarkan sisa makanan.
  • Kita juga perlu membuat pemeriksaan gigi di klinik setiap enam bulan.

Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti:

  • Tampalan
  • Pendakap gigi
  • Gigi palsu
  • Rawatan akar

(B) Kelas Makanan

Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang mempunyai kepentingan kepada tubuh badan agar kita sentiasa kekal sihat.

  • Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu membantu dalam tumbesaran badan.
  • Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti memberi tenaga kepada badan kita.
  • Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menjaga kesihatan badan kita.
  • Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan keju menjaga kesihatan badan kita.
  • Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan kita.
  • Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.
  • Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencegah sembelit.

Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah yang mencukupi.

Makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, kita perlu merancang makanan yang kita makan supaya seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

  • Aras 1: Makan secukupnya seperti nasi, mi, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.
  • Aras 2: Makan banyak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Aras 3: Makan sederhana seperti ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan produk tenusu.
  • Aras 4: Makan sedikit seperti lemak, minyak, garam dan gula.(C) Proses Pencernaan

Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil sipaya nutrient daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di dalam badan.

Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan, bermula dari mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur.

Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan.

Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut.

Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.

Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang tidak diperlukan lagi.
Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas makan, makan gelojah dan bercakap semasa makan boleh memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit perut.

 

LATIHAN/ SOALAN ULANG KAJI

 



 

Leave a Comment