TS25- Maksudnya Dan Objektif Penubuhan

Apa itu TS25? TS25 adalah singkatan kepada Program Transformasi Sekolah 2025. Ia merupakan sebahagian dari usaha  Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan pembelajarn murid yang berkualiti.

 

Selain itu, program ini di wujudkan untuk melahirkan sekolah yang terbaik dan berkualiti untuk memastikan kanak-kanak kita mendapat pendidikan yang terbaik demi untuk masa depan mereka. Bukan itu sahaja, dengan adanya program seperti ini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara kita supaya taraf pendidikan negara kita dapat maju sama seperti negara-negara maju yang lain.

TS25 Adalah Usaha Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Unggul

Selain itu, penubuhan progra TS25 ini adalah untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan yang berkuliti dan benar-benar terbaik, dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

Jadi, kewujudan program TS25 ini adalah sebagai salah  satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  • Komitmen komuniti yang padu.

Objektif Penubuhan Program TS25

 

Apa Objektif Program Ini Di Wujudkan?? Setiap program yang di wujudkan pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Ia adalah untuk menentukan ke mana hala tuju satu-satu program itu akan di bawa dan untuk memastikan program yang diadakan berjaya mencapai objektif yang telah di tetapkan. Begitu juga dengan TS25 ini. Ia juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektifnya ialah:

  • Mengaplikasi konsep dan amalan PDPC terbaik.
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  • Membangunkan Persekitaran Pembelajaran Yang Berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Baca Juga: Kata Penguat- Maksud Kata Penguat Dan 5 Contohnya

Matlamat Kewujudan Program Ini

Selain dari objektif penubuhan, satu-satu program yang di wujudkan juga perlulah mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Ianya kerana dengan adanya matlamat, ia menjadi sebab kenapa program tersebut di wujudkan. Selain itu, ia juga menjadi salah satu penanda aras yang perlu di capai untuk memastikan matlamat penbuhanya tercapai.

 

Begitu juga dengan program TS25 ini. ia mempunyai beberapa matlamat yang penting. Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  • Memantapkan kepimpinan sekolah.
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  • Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Selain itu, dengan adanya matlamat Program Transformasi Sekolah 2025  ia sebagai salah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut:

  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu.

TS25 Telah Banyak Menjadikan Sekolah Di Negara Kita Sebagai Sekolah Yang Berkualiti

Kesimpulanya, kewujudan program TS25 ini adalah tepat pada masanya. Di kala negara kita sedang bergerak menjadi salah sebuah negara yang maju di dunia, sistem pendidikan juga perlulah seiring dengan kemajuan negara kita. Justeru itu, semenjak kewujudan program TS25 kebanyakkan sekolah-sekolah di negara kita telah menjadi sekolah yang berkuliti tinggi yang mana telah melahirkan ramai murid dan mempunyai kualiti dalam pelajaran.

Rujukan: Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Leave a Comment