Tidak perlu minta pengeluaran i-Citra KWSP setiap kali bencana berlaku – NUBE

i-Citra: Pengeluaran KWSP setiap kali bencana bukan tindakan bijak – NUBE

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) berpendapat membenarkan pengeluaran lanjut simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap kali bencana bukanlah satu pendekatan yang bijak.

—> SIla baca juga Tolong naikkan bantuan banjir jika tak benarkan pengeluaran KWSP!

Intipati kenyataan berita

  • Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang mengalu-alukan ketegasan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran dana persaraan itu meskipun didesak ahli-ahli politik tertentu.
  • Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berpandangan, skim dan insentif yang diumumkan sebelum ini boleh membantu mangsa banjir.
  • Namun, sekiranya ia tidak mencukupi, NUBE berpendapat, kerajaan boleh menambah peruntukan sumber dengan sewajarnya dan bukannya bergantung kepada dana persaraan semata-mata.
  • NUBE juga berharap ahli-ahli politik yang mendesak pengeluaran i-Citra KWSP ini perlu tahu bahawa tabung persaraan pekerja telah merosot dengan ketara akibat pengeluaran yang dibuat dalam dua tahun lepas akibat wabak COVID-19.
  • Ia termasuk kemudahan pelbagai pengeluaran diluluskan di bawah skim i-Lestari, iSinar dan i-Citra yang mengakibatkan dana persaraan sebahagian besar golongan B40 terjejas.
  • Kata Solomon, sekitar 3.6 juta ahli mempunyai kurang RM1,000 dalam simpanan mereka.
  • Justeru, NUBE berharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sebelum ini dan menyediakan tindakan segera untuk gaji sara hidup yang baik bagi pekerja.

Sumber: AwaniNews

–> Sila baca juga Shahril Hamdan tidak setuju KWSP dikeluar bantu mangsa banjir

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment