Tarikh EgTukar- Tarikh Permohonan Dan Semakan Egtukar 2021

Tarikh EgTukar. Sistem EgTukar mungkin satu sistem yang asing buat kita semua. Tetapi, bagi para guru sistem ini bukanlah satu sistem yang asing buat mereka.

Mana tidaknya, EgTukar adalah salah atu sistem yang sering di gunakan oleh para guru di seluruh Malaysia. Ia juga adalah salah satu portal yang sangat penting buat guru. Ia berperanan untuk memudahkan para guru untuk membuat pertukaran tempat mengajar.

Terutama sekali bagi guru yang sudah berkahwin dan tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing. Justeru itu, dengan adanya portal ini ia secara tidak langsung memudahkan para guru membuat permohonan pertukaran tempat mengajar.

Bilakah Tarikh EgTukar Mula Di Buka Untuk Permohonan??

Sama seperti tahun-tahun ini sebelum ini, Tarikh EgTukar hanya di buka untuk 2 kali setahun. Iaitu untuk permohonan bulan Januari dan juga bulan Jun. Bagi Tarikh EgTukar 2021 adalah seperti berikut:

Tarikh Buka: 17 Februari 2021

Tarikh Tutup: 17 Mac 2021

Baca JugaKoleksi Penulisan Refleksi Pengajaran PDPR Yang Mudah Dan Ringkas

Cara Membuat Permohonan EgTukar 2021 

Tadi, admin sudah terangkan, bila tarikh EgTukar mula di buka, sudah pastinya buat guru yang mahu membuat pertukaran akan ternanti-nanti tarikh tersebut untuk membuat permohonan. Tapi bagaimana cara hendak membuat permohonan? Jom admin kongsikan caranya:

Permohonan EgTukar hanya boleh di buat pada tarikh EgTukar yang admin sebutkan di atas tadi. Bukan itu sahaja, permohonan hanya boleh di buat secara online di portal:

Applikasi Permohonan :

Bilakan Tarikh Untuk Membuat Semakan EgTukar??

Tarikh EgTukar hanya akan di buka selama sebulan iaitu sehingga bulan Mac. Bbagi Tarikh semakan pula sehingga kini, masih belum ada pengunguman dari pihak KPM. Selepas tarikh di umumkan semakan boleh di buat di portal EgTukar.

Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru

Walaupun portal EgTukar ini diwujudkan untuk memohon pertukaran, tetapi tidak semua permohonan pertukaran yang akan di luluskan. Sebaliknya, untuk hanya guru yang memenuhi syarat sahaja yang akan di pertimbangkan permohonan pertukaranya. Antara syarat umum permohonan pertukaran ialah

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
  3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

Senarai Guru Yang Tidak Layak Untuk Memohon Pertukaran

Manakala, bagi guru yang perohonanya tidak diluluskan ada beberapa sebab kenapa KPM menolak permohonan tersebut. Antara sebabnya ialah:

  1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  2. Mereka yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  4. Dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  5. Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  6. Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Kriteria Yang Melayakkan Guru Untuk Bertukar Ke Negeri Yang Dimohon

Walaupun anda memenuhi syarat umum untuk membuat pertukaran tetapi ada beberapa kriteria penting yang pihak KPM akan pertimbangkan. Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar iaitu seperti berikut :-

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di negeri yang di mohon

Guru Yang Boleh Membuat Permohonan EgTukar

Ada beberapa senarai guru yang boleh membuat permohonan EgTukar. Permohonan secara dalam talian adalah dibuka kepada :-

  1. Guru Penolong Gred DG29
  2. DG32 (KUP TIME-BASED)
  3. DG34 (KUP TIME-BASED)
  4. DG38 (KUP TIME-BASED)
  5. DG41
  6. DG42
  7. DG44 (KUP TIME-BASED)
  8. DG48 (KUP TIME-BASED)
  9. DG52 (KUP TIME-BASED) 
  10. DG54 (KUP TIME-BASED)

Sistem EgTukar Sangat Membantu Dan Memudahkan Pertukaran Guru

Diharapkan dengan perkongsian tarikh EgTukar ini dapat mamberi sedikit panduan buat para guru yang berhasrat untuk membuat permohonan pertukaran. Dengan adanya sistem EgTukar ini, ia secara tidak langsung dapat memudahkan urusan pertukaran guru dan dapat menjimatkan masa berbanding permohonan secara manual. Jadi, kewujudan portal EgTukar ini  memang sangat membantu para guru.

Leave a Comment