Tahiyat Akhir- Bacaan Dalam Rumi, Maksud Dan 2 Syarat Tahiyat

Tahiyat Akhir

Tahiyat Akhir adalah pergerakan yang di lakukan di dalam solat sebelum memberi salam. Ia adalah salah satu rukun solat dan wajib dilakukan. Jika tertinggal ia wajib di gantikan dengan sujud sahwi bag melengkapkan solat tersebut.

Maksud Bacaan Tahiyat Akhir Dan Bacaan Dalam Rumi

Tahiyat Akhir

Bacaan Dalam Rumi: 

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anlaa illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Baca Juga: Ternyata trompet Kiamat Sudah Berada di Bibir Malaikat

Tahiyat Akhir

2 Syarat Bacaan Tahiyat Akhir

Dalam membaca tahiyat akhir ada beberapa syarat yang perlu kita ikuti dan ianya tidak boleh di baca sambil lewa. Antara syaratnya ialah:

  1. Lafaz bacaanya, hendaklahdi baca dalam bahasa Arab, sekiranya anda tidak mampu atau tidak boleh membaca dalam bahasa Arab, anda boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa,
  2. Jaga Segala Makhraj dan syaddah sewaktu membacanya agar maksudnya tidak lari

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment