Suami Curang Dengan Caddy, Isteri Baru Lepas Beranak Bangkit Dan Tuntut Semua Harta

Suami Curang Dengan Caddy, Isteri Baru Lepas Beranak Bangkit Dan Tuntut Semua Harta

Disaat kita diberikan anugerah terindah tapi kamu malah berselingkuh di belakangku

Saat kelahiran anak pertama, setiap pasangan pasti cukup teruja memikirkan perjalanan membesarkan si kecil itu. Boleh dikatakan pelbagai perancangan masa hadapan sudah dilakar agar zuriat mereka itu dapat hidup dengan selesa. Tapi angan-angan seorang wanita ini untuk membina keluarga bahagia selepas beranak musnah sekelip mata.

Sewaktu Meilani Putri sedang bertarung melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu, siapa sangka si suami rupa-rupanya di belakang dengan tanpa rasa bersalah membalas chat daripada ‘girlfriend‘. Rupa-rupanya kejadian itu juga bukanlah yang pertama kali namun dia hanya mampu bersabar dan diam saja sebelum ini.

Suami silakan pergi tapi jangan bawa satu pun aset termasuk pakaian…Biar hidup sengsara dengan selingkuhannya

Walau bagaimanapun, Meilani sama sekali tidak gelabah malah dengan tenang menetapkan perjanjian terbaru dengan pengesahan peguam. Jika si suami mengulangi lagi perbuatan itu, secara auto segala harta warisan di atas namanya akan diserahkan kepada satu-satunya cahaya mata mereka. Setelah itu lelaki tersebut dipersilakan pergi tinggalkan keluarga tanpa membawa sebarang aset termasuklah pakaian.

Punya suami dengan latar belakang keluarga yang baik tak menjamin kelakuannya

Difahamkan, lelaki berkenaan telah pun menjalinkan hubungan cinta bersama seorang janda yang bekerja sebagai caddy golf. Sedangkan suami kepada Meilani itu datang daripada keluarga yang cukup terhormat dan juga baik-baik. Ternyata semua itu bukanlah alasan untuk terus setia bersama isteri dan juga anak yang baru lahir.

Kredit: TikTok MP  

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Comment