Status banjir Selangor terkini: 17 disahkan terkorban

Sebanyak 17 kematian direkodkan di tiga daerah sehingga jam 8 pagi tadi akibat banjir yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu.

BANJIR: Kerajaan perlu segera bantu rakyat?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 10 kematian direkodkan di Klang; tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Katanya, punca sebenar kematian mangsa sedang dikenal pasti.

Keadaan banjir di Lembah Klang terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan utama ditutup.

Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai tidak bersedia dan terperangkap di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan utama dinaiki air.

Di Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan sebanyak 45 jalan masih ditutup, berkurangan daripada jumlah semalam, iaitu 73 jalan melibatkan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri itu bagi laluan kenderaan di sesetengah kawasan susulan banjir setakat 4 pagi tadi.

Penutupan jalan-jalan itu melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat (26); Subang Jaya (11); Sepang (4); KLIA (2) dan masing-masing satu jalan melibatkan IPD Klang Utara dan Hulu Selangor.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 7.50 pagi, jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat daripada 24,533 mangsa melibatkan 6,907 keluarga malam tadi kepada 24,647 mangsa dari 6,935 keluarga melibatkan 134 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal, iaitu 63 orang daripada 13 keluarga pada pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan semua mereka berada di tiga PPS di Kemaman dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu diramal panas sepanjang hari ini dan kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut sepenuhnya.

Di Pahang pula, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini adalah seramai 37,793 orang di 280 PPS yang beroperasi di sembilan daerah.

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 21,489 orang diikuti Temerloh (6,972 orang) dan Lipis (2,084 orang) manakala daerah lain yang turut terjejas ialah Bentong, Raub, Jerantut, Bera, Maran dan Pekan.

Laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan beberapa sungai utama masih melebihi paras bahaya pagi ini termasuk Sungai Pahang di beberapa lokasi dengan trend menaik, iaitu di Water Front Bera, Kampung Chenor di Maran, Lubuk Pasu, Temerloh dan Kuala Sungai Chini, Pekan.

ANIH Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) memaklumkan laluan yang ditutup akibat banjir sejak Ahad lepas masih belum dibuka terutamanya di KM76 hingga KM126 Lanchang-Temerloh di LPT1 dan KM71 KL-Karak yang ditutup di kedua-dua arah.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment