SSQS: Maksud SSQS Dan 5 Objektifnya

Apa yang dimaksudkan dengan SSQS?? SSQS adalah singkatan kepada Smart School Qualification Standard. Ia merupakan satu sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Sistem ini mula dilancarkan pada 24 April 2007 oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien. Tujuan penubuhan sistem ini adalah adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT yang pada awalnya digunapakai di 88 buah Sekolah Bestari dan kini diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.

SSQS Di Bina Untuk Menilai Pembudayaan ICT Di Setiap Sekolah

Sistem ini bukanlanlah dibangunkan tanpa sebab. Sebaliknya, ia adalah salah satu sistem yang sangat penting. Seiring dengan teknologi yang semakin moden, Sistem SSQS ini di gunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah seluruh Malaysia.

Objektif SSQS Di Wujudkan

Ada 5 Objektif kenapa SSQS ini diwujudkan. Antara Objektifnya ialah:

1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,

2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,

3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,

4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan

5. Memperkasakan (empower) guru dan murid. 

Baca Juga: Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin 2020

Cara Nak Login Sistem SSQS

Tidak semua orang boleh log masuk ke dalam sistem ini. Sebaliknya, hanya admin yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai id serta password sahaja yang boleh log masuk ke dalam sistem ini. Cara untuk log masuknya adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula sekali anda perlu log masuk ke website rasmi SSQS http://ssqs.moe.edu.my/ dan kemudian anda perlu memilih negeri yang terdapat di dalamnya.
  2. Kemudian, anda perlu klik pada butang “Log Masuk Admin” dan anda akan dibawa ke laman seterusnya untuk meneruskan transaksi anda.

Indikator

Di dalam sistem ini ada beberapa indikator yang telah di tetapkan untuk menilai penarafan bintang bagi satu-satu sekolah tersebut. Antara indikator tersebut ialah:

  • Penggunaan (40%)

Tahap sekolah mengintegrasikan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta PdP.

  • Modal Insan (40%)

Tahap kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid.

  • Aplikasi (10%)

Bilangan aplikasi yang digunakan di sekolah.

  • Infrastuktur  (10%)

Infrastruktur ICT di sekolah.

Responden

Selain itu, di dalam sistem ini terdapat beberapa responden yang terlibat. Antaranya ialah:

  • 1 orang pentadbir
  • 1 orang koordinator
  • 30 orang guru
  • 30 orang murid

Bagi sekolah SKM (bilangan murid kurang daripada 150 orang)

  • 1 orang pentadbir
  • 1 guru Penyelaras ICT
  • Sekurang-kurangnya 6 orang guru iaitu seorang satu subjek
  • Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek.

Petunjuk Skor

Selepas, domain diukur berdasarkan penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan insfrastuktur teknologi, tibalah masanya memberi penarafan bintang kepada sekolah yang terpilih.  Penarafan bintang kepada sekolah dibuat berdasarkan indikator skor yang berikut:

  • Basic (0 – 20)     – 1 bintang
  • Basic Plus (21 – 40)   – 2 bintang
  • Median (41 – 60)   – 3 bintang
  • Advance (61 – 80)   – 4 bintang
  • Advance Plus (81 – 100) – 5 bintang

Takwim Perlaksanaan Tahunan

KPM biasanya akan membuat pengunguman kepada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum membuat pelaksanaan penarafan. Kebiasanya, ada dua bulan yang akan di pilih untuk membuat penarafan bintang. Antaranya ialah:

  • Taklimat Perlaksanaan – Julai*
  • Pengisian SSQS dan Pemantauan – Ogos*

Namun begitu, tarikh ini akan berubah dari semasa ke semasa dan ia mengikut kepada ketetapan KPM

Sistem Penarafan Bintang Amat Penting Buat Sekolah Di Seluruh Malaysia

Kesimpulanya, SQSS ini sangat penting bagi sekolah di seluruh Malaysia. Ini kerana, dengan penarafan bintang ini ia secara tidak langsung dapat membuatkan sesebuah sekolah itu berusaha untuk menguasai ICT dan dalam pada masa yang sama dapat membuatkan sesebuah sekolah itu mempunyai penguasaan ICT yang tinggi

Leave a Comment