Sso KPM- Cara Login Dan 3 Sistem Yang Terdapat Di Dalamnya

Sso KPM- Pada masa kini teknologi adalah antara perkara yang amat penting di dalam kehidupan kita.  Dengan adanya pelabagai teknologi yang moden ia sangat memudahkan segala urusan kita.

Bagitu juga dengan negara kita. Saban tahun, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar bagi menaiktaraf sistem kerajaan di negara kita. Ia supaya segala urusan berkaitan agensi kerajaan dapat berjalan dengan lebih teratur dan lebih effisien. 

KPM juga antara salah satu agensi kerajaan yang menyediakan pelabagai sistem bagi memudahkan urusan kakitangan mreka dan supaya kakitangan mereka menjadi lebih cekap. Justeru itu, KPM telah membina bermacam sistem teknologi. Salah satunya ialah sistem Sso KPM

Apa Yang Di Maksudkan Dengan Sso KPM

Apa yang di maksudkan dengan Sso KPM ini??

Sso adalah singkatan kepada “Single sign-on” yang merupakan satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan dengan KPM tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses di dalam sistem KPM tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem KPM tersebut.

Objektif Sso KPM

Sistem SSO ini bukanlah di bangunkan tanpa sebab, sebaliknya ia mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektifnya ialah untuk membolehkan kakitangan KPM dapat mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password sahaja.

Baca Juga:eOperasi- Cara Membuat Pendaftaran Dan 6 Maklumat Yang Boleh Dikemaskini

Cara Untuk Log Masuk Ke Dalam Sistem

Untuk log masuk dan menggunakan laman SSO KPM bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, anda hanya perlu klik pautan di bahagian menu sebelah kiri dan tunggu sehingga anda berjaya masuk ke dalam sistem yang dikehendaki Dan anda boleh menggunakan sistem tersebut seperti biasa atau anda boleh klik di sini

Senarai Sistem Yang Terdapat Dalam Sso KPM

Di dalam Sso KPM ini ada 3 kategori sistem pengurusan KPM yang di sediakan. Antaranya ialah:

1-Pengurusan Sekolah

Di dalam sistem ini, pihak sekolah boleh menggunakanya untuk tujuan pengurusan sekolah. Antara sistem yang terdapat di dalamnya ialah;

  • eMIS
  • eBantuan

2-Pengurusan Guru

Selain itu, guru juga turut boleh menggunakan sistem ini. Ini kerana, ada beberapa sistem yang disediakan untuk guru di dalam ini. Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam SSO KPM.

  • eOperasi
  • eGraduan
  • ePrestasi
  • ePangkat
  • eGTukar
  • SMPP

3-Pengurusan Murid

Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam menguruskan murid melalui SSO KPM.

  • SSDM
  • S3P Asrama
  • Sekolah Kawalan
  • Matrikulasi
  • eSARANA
  • ePKHAS
  • eRPI
  • PAJSK
  • SMPK
  • Daftar UPSR
  • SPTV untuk daftar Kolej Vokasional dan Teknik

Kelebihan Menggunakan Sistem Ini

Sistem sebegini mempunyai banyak kebaikkan buatkakitangan KPM yng menggunakanya. Sebenarnya ia sama sahaja seperti direct terus ke website asal, namun dengan menggunakan Single Sign On SSO akan memudahkan anda dari segi:

  • Tidak perlu mengingat banyak username dan password.
  • Tidak perlu pening mencari laman web, taip di google tapi tidak keluar web portal sebenar.
  • Menjimatkan masa anda.

Sistem Sso KPM Merupakan One Stop Centre Untuk Sistem KPM

Sistem sebegini, sememangnya sangat bagus dan mempunyai banyak kebaikkan buat kita. Ini kerana, ia berfungsi sebagai one stop centre untuk ke semua sistem di bawah KPM. 

 

 

Leave a Comment