SPLKPM – Cara Login Dan 5 Kursus Di Dalamnya

SPLKPM adalah satu lagi sistem yang di bangun oleh kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memberikan kemudahan kepada para guru di seluruh Malaysia.

Ini kerana, sistem ini berperanan dalam memudahkan para guru di seluruh Malaysia untuk  mendaftarkan kursus dan latihan yang mereka terlibat. Bukan itu sahaja, sistem ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang ditawarkan di dalamnya khusus untuk membantu dan memudahkan urusan guru di Malaysia.

Cara Login Ke Sistem SPLKPM

Sama seperti sistem yang lain, untuk menggunakan sesuatu sistem tersebut kita perlulah login terlebih dahulu. Sama seperti sistem SPLKPM, untuk meenggunakan sistem SPLKPM ini kita perlulah login terlebih dahulu. Caranya ialah seperti berikut:

1.Mula-mula sekali, anda perlu melayari laman web rasmi SPLKPM di https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

2. Selepas itu, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan beserta kata laluan yang telah anda daftarkan.

3. Kemudian, selepas isi nombor kad pengenalan dan kata laluan, anda perlu klik  butang ‘Hantar’.

4. Pada paparan menu, klik ‘Pembelajaran Kendiri’ untuk menambah kursus yang telah disertai.

5. Sekepas itu, ia kan keluar beberapa senari kursus Daripada senarai pilihan, klik ‘e-Pembelajaran’ dan klik ‘Tambah Aktiviti’

6. Masukkan makluman berkaitan dan hubungi admin sekolah bagi membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan

Baca Juga: APDM: Cara Login Dan Kemaskini Pengkalan Data Murid 2021

Modul Yang Terdapat Di Dalam SPLKPM

Di dalam sistem SPLKPM ini, ada 2 modul yang di sediakan. Antaranya ialah:

  • MODUL INDIVIDU

Apa itu Modul Individu??

Modul individu ialah satu modul yang dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekod segala aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM dan juga bertujuan untuk merekod segala aktiviti Pembelajaran Kendiri.

  • MODUL PENYELARAS

Manakala, modul penyelaras pula ialah satu modul yang dibangunkan untuk membolehkan proses perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Dengan modul ini ia sedikit sebanyak dapat membantu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.

Senarai Kursus Online SPLKPM

Dalam sistem ini, ada bermacam senarai kursus online yang boleh disertai oleh guru. Antaranya ialah:

  • AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja

Mungkin ada yang tidak tahu, dalam sistem ini ada menyediakan kursus online hemat berbelanja. Kursus ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Ia bertujuan supaya setiap warga KPM bijak dalam menguruskan kewangan dan terhindar dari msalah muflis.

Jadi,  Setiap warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai dan setelah menamatkan kursus, individu akan melalui 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM.

  • Kursus Rumahku AKPK

Selain dari kursus di atas, AKPK juga menawarkan kursus rumahku. Ia mengajar warga KPM tentang pembelian rumah dengan betul.

  • SPLKPM KURSUS STEM

Kursus STEM adalah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.

  1. Daftar kali pertamahttps://app.schoology.com/register.php?type=student
  2. Daftar masukhttps://www.schoology.com/
  • WEBINAR

Selain itu, dalam sistem ini juga ada menyediakan kursus secara panggilan video secara langsung yang di panggil sebagai webinar. Webinar ini sangat bagus dan sangat membantu warga KPM untuk mengikuti kursus secara online terutama sekali mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk pergi ke kursus. Jadi, iai memberi peluang untuk warga KPM menonton sesi kursus secara langsung untuk perkongsian ilmu. Sila ke laman web https://splkpm.moe.gov.my.

  • SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)

Pengguna juga boleh membuat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca. Sila log masuk sistem SPLKPM untuk mengisi maklumat untuk buat book review termasuk:

  • Tajuk buku
  • Penulis buku
  • Bahasa buku
  • Bilangan mukasurat
  • Sinopsis buku
  • Tarikh pembacaan
  • Pembentangan

Sistem Sebegini Sangat Membantu Warga Guru Di Seluruh Malaysia

Kesimpulanya, pada masa kini, teknologi adalah antara perkara yang penting dalam melancarkan segala urusan kita. Bgitu juga dengan KPM, mereka juga mula menyediakan sistem bagi memudahkan urusan mereka dan untuk memudakan mereka mengumpulkan segala maklumat dengan tepat.

Leave a Comment