Panduan Ringkas Solat Witir Dan 3 Kelebihan Solat Witir

Solat Witir adalah satu solat sunat yang istimewa dan sangat di galakkan untuk kita lakukan pada setiap malam. Ini kerana, jumlah rakaatnya berbeza berbanding solat-solat yang lain.

Solat Witir

Waktu Solat Witir

Bilakah solat witir ini selalu dilakukan? 

Waktu mengerjakan solat witir ialah sepanjang malam, iaitu selepas menunaikan solat fardu Isyak sehinggalah menjelang sebelum masuk waktu solat fardu Subuh.

  • Rakaat Yang Paling Minimum

Menurut sebahagian dari pendapat ulama’ Mazhab Syafi’e, solat sunat witir sekurang-kurangnya dilakukan sebanyak satu rakaat atau tiga rakaat

  • Rakaat Yang Dicadangkan

Namun begitu, solat witir boleh juga dilakukan sebanyak lima, tujuh dan sembilan rakaat

  • Rakaat Paling Sempurna

Rakaat solat sunat witir yang paling sempurna adalah sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

Baca Juga: 4 Koleksi Zikir Selepas Solat Yang Boleh Anda Amalkan

Niat Solat Sunat Witir

Solat Sunat Witir Dua Rakaat

Solat witir

  • Bacaan Dalam Rumi

Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Niat Dalam Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat Witir Satu Rakaat

Solat witir 1

  • Bacaan Dalam Rumi

 Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’ala 

  • Niat Dalam Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Kelebihan Melakukan Solat Sunat Witir

Solat sunat witir ini sangat digalakkan untuk dilakukan kerana ada beberapa kelebihan. Antara kelebihanya ialah:

Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

1- Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”

Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

2- Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.”

Hadis riwayat at-Thabran

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment