Solat Taubat- Maksud Solat Taubat, Jumlah Rakaat Dan 4 Syarat Taubat

Solat Taubat

Solat Taubat ialah solat sunat yang dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan merasa insaf serta ingin bertaubat kepada Allah.

Jumlah Bilangan Rakaat Solat Sunat Taubat

Sama seperti solat-solat yang lain, sudah pastilah setiap solat itu perlu mempunyai bilangan rakaatnya. Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat dan cara perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Waktu Pelakasanaan Solat Taubat

Solat  taubat boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja. Biasanya, solat taubat dilakukan selepas tengah malam atau sewaktu Qiamullail (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah).

Baca Juga: Solat Dhuha-Maksud, Niat Dan 4 Kelebihan Solat Dhuha

Niat Solat Sunat Taubat

Niat solat sunat taubat adalah seperti berikut:

Solat Taubat

Bacaan Dalam Rumi:

 Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Syarat Taubat

Solat Taubat

Solat sunat taubat dilakukan apabila seseorang itu merasa menyesal atas perbuatan atau dosa yang telah dilakukan. Justeru itu, dia mahu insaf dan tidak mahu melakukan perbuatan atau dosa tersebut. Salah satu cara yang di guanakan ialah dengan melakukan solat sunat taubat. Ada beberapa syarat taubat yang perlu anda laukan jika anda benar-benar mahu taubat. Antaranya ialah:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
  • Jika kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya, ia perlu ditambah lagi satu syarat, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment