Solat Tahajud- 4 Kelebihan Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu

Solat Tahajud adalah salah satu solat sunat yang seringkali di lakukan oleh setiap umat islam. Malah, ia antara solat sunat yang sering kita lakukan apabila bangun untuk melakukan solat sunat di waktu malam dan mengabdikan diri kepada Allah.

Solat Tahajud

Kelebihan Solat Tahajud Yang Wajib Anda Tahu

Walaupun Solat Tahajud adalah solat sunat tetapi ia mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri.  Terutama kepada mereka yang sering megamalkan Solat Tahajud dalam kehdiupan. Antara kelebihanya ialah:

1- Jauh Daripada Penyakit

Mereka yang banyak mengamalkan solat tahajud dalam kehidupan, ia akan dijauh dari penyakit berbahaya dan juga penyakit yang boleh memudaratkan diri kita.

Solat Tahajud

2- Wajah Berseri-seri

Selain itu, mereka yang gemar melakukan solat tahajud, wajahnya akan kelihatan berseri-seri dan cantik. Bukan itu sahaja, orang lain yang melihat wajah kita  pun akan merasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

Baca juga: Takbir Raya- Bacaan Dalam Rumi Dan 2 Jenis Takbir Raya

3- Dikasihi Oleh Semua Manusia

Jika kita selalu mengamalkan solat sunat tahajud pada setiap malam, dia juga akan di kasihi oleh semua manusia. Dia akan menjadi seorang yang ramai kawan dan ramai yang akan merasa selesa apabila berkawan dengan diri kita. 

4- Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)

Bukan itu sahaja, mereka yang menunaikan solat sunat tahajud juga menjadi seorang yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Biasanya, mereka tidak akan bercakap  mengenai hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah. Begitu juga dalam perbuatan mereka yang lebih banyak beribadah dan memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah bagi mengumpul seberapa banyak pahala

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment