Solat Tahajjud- Panduan Ringkas Dan Doa Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu tengah malam iaitu setelah bangun bagun dari tidur dan melakukan Qiamullail.

Solat Tahajjud

Jumlah Rakaat Solat Tahajjud Dan Hukum Melakukanya

Solat sunat tahajjud biasanya  dilakukan sebanyak 2 rakaat. Hukum melakukan Solat Tahajjud adalah sunat muakkad iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.  Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Niat Solat Tahajjud Dalam Rumi Dan Maksudnya

Niat Solat Tahajjud adalah seperti berikut:

Niat solat tahajjud 01

Bacaan Dalam Rumi:

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Baca Juga: Solat Sunat Taubat- Panduan Rringkas Dan 3 Syarat Taubat

Doa Solat Sunat Tahajjud Dalam Rumi Dan Maksudnya

doa tahajjud

doa tahajjud

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billahi

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment