Solat Sunat Taubat- Panduan Rringkas Dan 3 Syarat Taubat

Solat Sunat Taubat adalah salah satu solat sunat yang seringkali dilakukan oleh masyarakat islam sama ada negara kita dan masyarakat islam di dunia.

Solat Sunat Taubat

Niat Solat Sunat Taubat Berserta Makna Dan Bacaan Dalam Rumi

Niat Solat Sunat Taubat adalah seperti berikut:

niat solat sunat taubat

Bacaan Dalam Rumi:

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya: 

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Waktu Menunaikan Solat Sunat Taubat

Solat Taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi seeloknya, anda perlu lakukanya 2/3 amalam iaaitu sekitar 2-4 pagi.

Bilangan Rakaatnya

Tiada bilangan khusus untuk melakukan solat taubat Namun begitu, solat taubat biasanya dialkukan sebanyak 2/4/6 rakaat dan cara pelaksanaanya sama seperti solat yang lain.

Doa Taubat Berserta Maksudnya

Selepas selesai melakukan solat taubat anda perlu membaca doa taubat. Doa taubat adalah seperti berikut:

doa solat sunat taubat

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli min indika magfirotan innaka antal rgho-fuu rur-rahim.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Baca Juga: Doa Berbuka Puasa Secara Beramai-Ramai Dan 2 Amalan Yang Dilaran Ketika Berpuasa

Syarat Taubat Yang Perlu Anda Tahu

Solat sunat Taubat dilakukan setelah kita menyesali terhadap perbuatan dosa yang pernah kita lakukan dahulu dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi. Tetapi apa syarat taubat? Syarat taubat adlaah seperti berikut:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
  • Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya hendaklah memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment