Solat Hajat-3 Panduan Ringkas- Waktu Solat, Niat Dan Doanya

Solat Hajat adalah salah satu solat sunat yang selalu dilakukan oleh umat islam di negara kita. Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah

solat hajat

Waktu Solat Hajat Sesuai Dilakukan

Bilakah Waktu solat hajat ini sesuai di tunaikan? Solat hajat sesuai dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan boleh dilakukan apabila hendak memohon sesuatu hajat dari Allah SWT. Tetapi solat hajat seeloknya dilakukan pada waktu tengah malam iaitu sekitar pukul 1 sehingga pukul 3 pagi

Niat Solat Sunat Hajat Berserta Maksudnya

Bacaan Dalam Rumi:

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Baca Juga: Doa Selepas Azan-Maksud Dan 7 Perkara Sunat Sewaktu Melaungkan Azan

Doa Solat Hajat Dan Maksudnya

Selepas selesai solat sunat hajat, kita digalakkan untuk membaca doa solat sunat hajat. Doanya seperti berikut:

doa solat hajat

doa solat hajat 02

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment