Solat Dhuha-Maksud, Niat Dan 4 Kelebihan Solat Dhuha

Solat Dhuha-

Solat Dhuha adalah saolat sunat yang seringkali dilakukan pada waktu pagi di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.

Waktu Solat Dhuha Dilakukan

Umum mengetahui, Solat Dhuha biasanya dilakukan apabila terbit matahari iaitu pada waktu pagi, sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari. Ia berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Justeru itu, Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur)

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha

Biasanya, solat sunat dhuha akan dilakukan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat – dengan setiap 2 rakaat 1 salam. Perlaksanaan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Niat Solat Dhuha

Niat solat sunat Dhuha adalah seperti berikut:

SOLAT DHUHA

Bacaan Dalam Rumi:

Usholli Sunnata-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’alaa 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Baca Juga: Tahiyat Akhir- Bacaan Dalam Rumi, Maksud Dan 2 Syarat Tahiyat

Kelebihan Melakukan Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha

Solat sunat dhuha bukanlah solat sunat semata-mata. Tetapi ia merupakan antara solat sunat yang sangat di galakkan untuk dilakukan. Ini kerana, ia mempunyai banyak kelebihanya yang tersendiri. Antaraya ialah:

  1. Bagi mereka yang rajin mengerjakan solat sunat dhuha, mereka akan mendapat ganjaran dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga nanti.
  2. Bukan itu sahaja, mereka yang rajin melakukan solat sunat dhuha juga rezekinya akan menjadi semakin rumah dan zentiasa melimpah ruah.
  3. Melakukan solat sunat Dhuha juga salah satu cara untuk kita mendapatkan ganjaran pahala umrah
  4. Selain itu, mereka yang sering melakukan solat sunat Dhuha juga dosanya akan di ampunkan oleh Allah SWT.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment