Shahril Hamdan tidak setuju KWSP dikeluar bantu mangsa banjir

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang mencecah RM10,000 mengelak mangsa banjir yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu terus meminjam dari masa depan sendiri, kata Shahril Sufian Hamdan.

KWSP: Rakyat sedang dilanda bencana, KWSP tak perlu dikeluarkan?

Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, ia sekali gus mengelak mereka daripada terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP tersebut.

“Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disenaraikan oleh Perdana Menteri (sebelum ini) jelas memberi alternatif kepada cadangan lain mahupun usaha-usaha yang telah diumumkan.

“Sebelum ini timbul kekhuatiran bahawa antara tawaran yang telah diumumkan lebih awal, iaitu pinjaman daripada Tekun dan BSN walaupun pada kadar 0% faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir.

  • “Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan, bukannya simpanan pencarum sendiri.
  • “Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000, malah amaun lebih besar daripada itu jika ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
  • Beliau tidak sependapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000, terutama bagi mereka yang terdesak termasuk mangsa banjir.
  • Malah Asyraf Wajdi berkata, kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk BSN dan Tekun, terutama kepada mangsa banjir akan menambah beban hutang orang ramai.
  • Beliau menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak akan menyelesaikan masalah.
  • Pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan lima insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.
  • Inisiatif tersebut bagi meringankan beban golongan terbabit akibat banjir.
  • Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan usaha kerajaan mengimbangi antara keperluan mendesak semasa, dan tanggungjawab memelihara masa depan rakyat serta negara.

Katanya lagi, di samping itu, bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir, termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sehingga sebanyak RM19,500 seorang.
Sumber : AWANI

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment