[INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Pada tahun 2022 ini, terdapat banyak bantuan yang baharu yang boleh dimohon oleh rakyat-rakyat yang memerlukan.  Maklumlah, menjelang tahun baharu ini, rakyat semakin memerlukan bantuan dan kerajaan telah mengeluarkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat. Jangan lupa untuk semak kelayakan bagi mana-mana bantuan kerajaan yang anda boleh dapati.

Antara bantuan tersebut adalah seperti yang dibawah. Baca artikel selanjutnya untuk mengetahui tarikh bayaran dan juga cara permohonan bantuan-bantuan ini.

  1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2000
  2. Bantuan Kredit e-Wallet Pelajar RM150
  3. Program Prihatin Kasih (RM100 selama 3 bulan)
  4. Bakul Prihatin Negara
  5. Bantuan Warga Emas
  6. Bantuan Kanak-Kanak 2021
  7. Elaun Mencari Kerja

—> SIla baca juga Tolong naikkan bantuan banjir jika tak benarkan pengeluaran KWSP!

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2000

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM akan diberikan kepada penerima yang layak bagi mengantikan Bantuan Khas COVID (BKC), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Geran Khas Prihatin (GKP) dan sebagainya mulai Januari 2022.

  • Syarat Kelayakan:
    Bantuan BKM sebanyak RM2,000 ini layak dimohon oleh isi rumah yang berpendapatan tidak lebih dari RM2,500 sebulan.
  • Jumlah Bantuan:
    Berikut adalah jumlah bantuan BKM yang telah diumumkan kerajaan Malaysia :

Bantuan Kredit e-Wallet RM150

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengumumkan kerajaan akan memberikan Bantuan e-Wallet RM150 kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi melalui program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

Kerajaan mengagihkan bantuan ini melalui BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Program Prihatin Kasih

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Kriteria penerima PRIHATIN Kasih diambil kira berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudian akan disemak sekali lagi dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui semakan ini, setiap isi rumah ketua keluarga akan dikreditkan elaun menggunakan MyKad.

Program Prihatin Kasih: Semakan Elaun RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Bakul Prihatin Negara

Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon bantuan ini sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

Bantuan Warga Emas

Bantuan Kebajikan adalah bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Warga emas akan mendapat bantuan sebanyak RM500/sebulan seorang.

Bantuan Kanak-Kanak 2022

Bantuan Kanak-kanak membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Jumlah kanak-kanak di Malaysia kurang

Elaun Mencari Kerja

Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Mereka yang layak akan mendapat dua bayaran seperti yang tertera:

  1. RM300 selama 2 bulan bagi mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs
  2. RM400 one-off bagi mereka yang kembali bekerja  dan mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan

–> Sila baca juga Shahril Hamdan tidak setuju KWSP dikeluar bantu mangsa banjir

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment