Semakan Keputusan SPM 2020- Tarikh Semakan Dan Cara Membuat Semakan

Semakan Keputusan SPM. SPM merupakan peperiksaan yang amat penting buat mereka yang berada di sekolah Menengah.

semakan-keputusan-spm

Ini kerana, keputusan SPM yang kita dapat bakal menentukan ke mana hala tuju kita yang seterusnya untuk menyambung pelajaran. Bukan itu sahaja, sijil SPM juga adalah antara dokumen penting yang di minta setiap kali kita mahu memohon pekerjaan dan untuk menyembung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2020

Justeru itu, tarikh semakan keputusan SPM adalah satu tarikh yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua lepasan SPM. Pada waktu inilah masing-masing menanti keputusan masing-masing setelah berusaha keras dan memberikan yang terbaik sewaktu menjawab SPM.

Dengan hasil keputusan yang mereka dapat, ia memudahkan mereka untuk merancang ke manakah hala tuju mereka selepas itu. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sudah pastilah lepasan SPM mahu mengetahui tarikh semakan SPM. 

Untuk tarikh semakan keputusan SPM 2020, buat masa ini belum ada lagi pengumuman rasmi yang di buat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun begitu, tarikh semakan keputusan SPM di jangka akan keluar pada bulan Mac 2021.

Baca Juga: Institut Kemahiran Belia Negara: 10 Syarat Permohonan Dan Cara Permohonan

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM

semakan-keputusan-spm

Disebabkan pada tahun ini, negara kita sedang berhadapan dengan penularan wabak Covid-19, semakan keputusan SPM 2020 mungkin kan dilakukan secara online. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membuat semakan keputusan SPM secara online. Antaranya ialah:

1- Semak Melalui Laman Web Semakan Keputusan Peperiksaan

Cara pertama sekali yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan keputusan SPM secara online adalah dengan melalui Laman web rasmi Semakan Keputusan peperiksaan. Website rasmi ini di gunakan untuk menyemak segala keputusan peperiksaan utama di dalam negara. Cara untuk membuat semakan keputusan peperiksan di website ini adalah seperti berikut:

  • Mula-mula sekali anda perlu melayari website rasmi keputusan peperiksaan atau anda boleh klik di sini
  • Kemudian, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran sewaktu anda mengambil SPM. Kemudian, anda perlu klik ikon “Semak” dan sudah boleh membuat semakan keputusan.
  • Namun begitu, website ini hanya di buka sewaktu tarikh semakan keputusan yang telah di beritahu nanti.

2- Semakan Melalui SMS

semakan-keputusan-spm

Selain dari cara di atas, ada satu lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membuat semakan keputusan adalah melalui SMS. Cara untuk membuat semakan keputusan melalui adalah seperti berikut:

  • Taip: SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888

                            Contoh: SPM 990527031234 WY001A040 sms ke 15888

  • Perkhidmatan SMS ini hanya akan di buka sewaktu tarikh Semakan keputusan SPM di umumkan sahaja dan ia di buka selama tempoh masa yang akan di beritahu kelak.
  • Pengguna akan di caj sebanyak 15-20 sen untuk setiap sms semakan yang telah di buat.

3- Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia

Selain dari cara di atas, satu lagi cara yang boleh anda lakukan untuk membuat semakan keputusan SPM 2020 adalah dengan cara memuat turup aplikasi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia. Aplikasi ini, anda boleh muat turut di Google Playstore bagi yang menggunakan android.

Untuk Membuat Semakan SPM Sangat Mudah

Pada masa kini, untuk semak keputusan SPM bukanlah satu perkara yang sukar kerana segalanya boleh dilakukan pada hujung jari sahaja. Ia memudahkan kita dan sangat menjimatkan masa. Selain, itu, ia mudah untuk kita membuat semakan pada bila-bila masa sahaja.

Leave a Comment