Semakan BPR 2021- Tarikh Semakan Dan Cara Membuat Tuntutan

Semakan BPR- BPR adalah singkatan kepada Bantuan Perihatin Rakyat yang merupakan satu skim bantuan yang di perkenalkan oleh kerejaan untuk rakyat Malaysia.

Semakan BPR

Bantuan Perihatin Rakyat diwujudkan untuk memberi bantuan kepada rakyat Mlaaysia yang terjejas sewaktu penularan wabak Covid-19 supaya dapat meringankan beban mereka. Ini kerana, sewaktu Covid-19 ramai yang terjejas dan ada yang kehilangan. Justeru itu, kerajaan mula mengambil inisiatif untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas teruatama sekali golongan B-40.

Bilakah Tarikh Semakan BPR Fasa 2?

Perkara pertama sekali yang menjadi persoalan selepas membuat permohonan ialah bilakah tarikh semakan boleh mula di buat?

Untuk pengetahuan anda tarikh semakan BPR fasa 2 telah mula di buka iaitu pada 7 Mei 2021 yang lalu. Jadi, anda boleh mula membuat semakan BPR 2021 mulai sekarang. 

Cara Membuat Semakan

Untuk mengetahui keputusan permohonan BPR anda boleh membuat semakan BPR di laman Web Rasmi Lembaga Hasil atau anda boleh melayari Laman Web Rasmi BPR

Baca Juga: Keberhasilan Guru- Panduan Menulis Borang Keberhasilan 2021

Semakan BPR

Kriteria Kelayakan BPR 2021

Kerajaan telah meletakkan beberapa kriteria penting bagi mereka yang layak menerima BPR 2021. Justeru itu, di samping anda buat semakan BPR, anda juga perlu mengetahui kriteria yang kerajaan telah tetapkan. Antara kriterianya ialah:

1. Isi Rumah
a) Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

b) Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

c) Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  • Had umur:
  • 17 tahun dan ke bawah; atau
  • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

2. Bujang

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
  • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Semakan BPR

Cara Membuat Semakan Nombor Baucar BPR 2021 Fasa 2

Bagi anda yang tidak mempunyai akaun bank, cara pembayaran BPR 2021 fasa 2 akan di buat dengan menggunakan baucar yang perlu di tebus di BSN. Untuk menebus baucar ini anda memerlukan nombor baucar BPR. Untuk mendapatkan nombor baucar ini anda boleh membuat semakan di website rasmi BPR dengan cara berikut:

Selepas malayari website rasmi BPR, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan masukkan nombor IC dan tekan butang “SEMAK”. Kemudian, segala maklumat anda akan keluar. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu log masuk dengan ke laman rasmi BPR

Tarikh Membuat Rayuan BPR 2021 Fasa 2

Bagi anda yang permohonan BPR nya di tolak atas sebab-sebab tertentu, anda tidak perlu risau dan sedih kerana anda boleh kemukakan rayuan untuk menyemak dan menimbangkan semula permohonan BPR anda. Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPR, anda boleh mendapatkanya dengan cara:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

 

Leave a Comment