Semakan BPN 2.0 – Tarikh Pembayaran Dan Jumlah Bayaran

Semakan BPN- BPN adalah singkatan kepada Bantuan Perihatin Nasional. Bantuan ini disediakan bagi membantu rakyat dalam meringankan beban sewaktu penularan wabak Covid-19 di negara kita

semakan bpn

Ini kerana, penularan wabak covid-19 melanda negara kita, ia memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara kita. Akibatnya, kebanyakkan syarikat terpaksa ditutup dan ramai telah di buang kerja. Ia mengakibatkan ramai yang terkesan dengan punaran pandemik ini.

Ia secara tidak langsung menyebabkan ramai yang tertekan kerana tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menampung kehidupan dan juga keluarga. Disebabkan itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberikan bantuan yang telah di panggil sebagai Bantuan Prihatin Nasional

Cara Membuat Semakan BPN

Setiap dari kita sudah pastilah mahu mengetahui cara untuk menyemak sama ada kita benar-benar layak atau tidak untuk mendapat bantuan BPN. Untuk mengetahuinya, kita perlulah membuat semakan terlebih dahulu. Cara untuk membuat Semakan BPN adalah seperti berikut:

  1. Untuk membuat semakan BPN, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari Website Rasmi Semakan BPN
  2. Kemudian, masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang “cari”.
  3. Anda akan diberikan maklumat permohonan anda.
  4. Ini termasuklah status permohonan, rayuan (jika ada) dan status pembayaran.

Jumlah Pembayaran BPN

SEMAKAN BPN 1

Di atas tadi kami dah terangkan mengenai cara membuat semakan BPN, tapi berapa pula jumlah pembayaran BPN? Kerajaan telah mengumumkan jumlah pembayaran rakyat kita dapat. Jumlah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan berbeza mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Jumlah pembayaran BPN adalah seperti berikut:

  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Baca Juga: i-Akaun KWSP: Cara Mendaftar Akaun I-Akaun Dan 5 Fungsi I-Akaun

Bila Tarikh Pembayaran BPN 2.0?

Untuk semakan BPN 2.0 anda sudah boleh mula menyemak pada bulan Januari yang lalu. Manakala, pembayaran fasa kedua BPN 2.0 akan dibuat bermula 21 Januari 2021. Bagi penerima kategori M40 pembayaran akan dibuat bermula 25 Januari. Bagi anda yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh menuntut pembayaran BPN anda di cawangan BSN berhampiran.

Siapakah Yang Layak Menerima BPN?

SEMAKAN BPN 2

Ada beberapa kategori penerima yang telah di tetapkan oleh kerajaan dalam menerima BPN. Antara kategori yang layak menerima BPN ialah:

Isi rumah B40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Isi rumah M40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Kita Sudah Boleh Membuat Semakan 2.0

Kesimpulanya, dengan wujudnya BPN ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita sewaktu penularan wabak Covid-19 ini. Justeru itu, bagi yang layak dan penerim yang berada dalam kategori yang telah admin sebutkan di atas tadi, anda sudah boleh mula membuat semakan BPN 2.0.

Diharapkan, dengan adanya Bantuan Prihatin Nasional ini ia dapat juga memberi manfaat buat anda semua dan dapat meringankan beban anda.

Leave a Comment