Selawat Tafrijiyah- Maksud Dan 3 Kelebihanya

Selawat Tafrijiyah adalah salah satu selawat yang sangat bagus untuk kita amalkan dan ia memberikan hati kita menjadi tenang.

Justeru itu, kita memang sangat di galakkan untuk selalu membaca selawat ini, sama ada ketika sedang menghadapi masalah dan juga sewaktu selepas solat.

Maksud Selawat Tafrijiyah Dan Bacaan Dalam Rumi

Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma solli solatan kamilatan, Wasalim sallaman taammaa, A’laa saidina muhammadinil lazi tanhallubihil u’kadu, Watanfariju bihil kurobu, Watukdho bihil hawa iju, Watunaalu bihirro gha’ ib-u Wahusnu khawaa timi, Wayustasqhol ghomaamu, biwajhihil karim, Wa ala alihi wasah bihi, fi kulli lamhatim wanafasim, Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.

Baca Juga: Niat Puasa Ganti- Lafaz Niat Dan 7 Golongan Yang Wajib Ganti Puasa

Maksudnya:

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

Selawat Tafrijiyah

Kebaikkan Membaca Selawat Tafrijiyah Dalam Kehidupan Seharian

Ada beberapa kebaikkan kepada diri kita jika kita mengamalkan Selawat Tafrijiyah ini dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah:

  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment