Selain Bacakan Yasin, PU Riz Turun Bantu Mencangkul Tanah Kubur Pelajar USAS

Selain Bacakan Yasin, PU Riz Turun Bantu Mencangkul Tanah Kubur Pelajar USAS

Sekiranya anak saya ada membuat silap sepanjang di universiti ini…sebagai bapa saya memohon ampun & maaf

Malam tadi, ratusan jemaah yang rata-ratanya pelajar USAS sanggup menanti selama 2 jam sebelum solatkan 3 penuntut yang terbabit dalam nahas dekat Terowong Menora kelmarin. Konvoi mengiringi jasad Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, aMuhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz tiba di perkarangan universiti tersebut jam 11.15 malam selepas proses post-mortem serta pengecaman identiti dijalankan.

Perasaan hiba turut dirasai khususnya apabila bapa kepada ketiga-tiga penuntut USAS berkenaan diberi ruang untuk berucap kepada jemaah selepas sesi solat ditunaikan. Tepat jam 12 tengah malam, konvoi tersebut berlepas pula ke kampung halaman masing-masing sambil diiringi waris dan keluarga terlibat.

Allahyarham Nabil Haikal selamat disemadikan jam 9 pagi tadi

Sekitar pagi tadi pula, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal telah selamat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai. Tambah sebak, ramai waris serta penduduk tempatan mengiringi ‘perjalanan terakhir’ jasad pelajar berusia 19 tahun berkenaan dari kediaman keluarganya. Terdahulu, sebuah klip video memaparkan lambaian terakhir Nabil Haikal kepada ibunya di KL Sentral juga menjadi tular sejak semalam.

Bukan setakat sesi bacaan Yassin…PU Riz dilihat turut bantu mencangkul tanah kubur

Dalam pada itu, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz difahamkan turut sempat berkunjung ke rumah Allahyarham Nabil Haikal. Menerusi beberapa rakaman video dan gambar dikongsi oleh ahli waris, suami kepada Neelofa itu bukan saja dilihat menyertai sesi bacaan Yasin pada malam tadi. Bahkan dia turut dilihat mencangkul tanah kubur sekali gus menghadiri proses pengebumian penuntut USAS tersebut.

Klik Video di sini

Kredit : TikTok mywaaruslan2802, FB Siti Nurhafiza Nordin & Twitter bernamaradio

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Comment