Sayyidul Istighfar- Bacaan Dalam Rumi, Maksud Dan 2 Kelebihanya

Sayyidul Istighfar- sebagai umat islam kita sangat disunatkan untuk perbanyakkan selawat dan istighfar di dalam kehidupan seharian kita terutama sekali selepas solat.

Sayyidul Istighfar

Maksud Sayyidul Istighfar Dan Bacaan Di Dalam Rumi

Salah satu bacaan istighfar yang boleh kita amalkan ialah Sayyidul Istighfar. Sayyidul Istighfar- merupakan penghulu segala istighfar dan sangat elok di amalkan dalam kehidupan seharian kita. Maksud istighfar Sayyidul dan bacaan dalam rumi adalah seperti berikut:

Sayyidul Istighfar

Bacaan Dalam Rumi:

Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Baca Juga: Doa Tidur- Maksud, Bacaan Rumi Dan 3 Amalan Sunat Sebelum Tidur

Kelebihan Membaca Sayyidul Istighfar

Kita sangat digalakkan untuk sentiasa membaca Sayyidul Istighfar ini. Ia mempunyai bermacam kelebihan dan kebaikkan kepada diri kita. Antara kelebihanya ialah:

1- Dijanjikan Syurga

Mereka yang mengamalkan sitghfar ini akan dijanjikan syurga sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.

Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.

(riwayat Imam al-Bukhari)

Sayyidul Istighfar

2- Diberikan Jalan Keluar Dari Segala Kesulitan

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

– Riwayat Abu Daud (1518)

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment