Rukun Solat- 13 Rukun Solat Yang Wajib Anda Tahu

Rukun solat adalah perkara yang wajib kita tahu sewaktu menunaikan solat. Ia adalah perbuatan yang wajib dilakukan dan tidak sah tanpanya.

Rukun Solat

13 Rukun Solat Yang Wajib Kita Lakukan Sewaktu Solat

Untuk menjadikan solat yang di didrikan sempurna kita wajiblah melakukan ke semua rukun solat yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, kita tidak boleh meninggalkan salah satu rukun solat tersebut kerana ia akan menyebabkan solat menjadi tidak sah.

Rukun Solat

1- Niat

Niat Mengandungi tiga perkara berikut. Iaitu:

  • Qasad iaitu solat semata-mata.
  • Ta’arudh iaitu jenis fardhu
  • Ta’yin iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak.

2- Berdiri tegak

Berdiri tegak bermaksud berdiri dengan lurus dan mata menghadap ke arah kiblat

3- Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram ialah perbuatan yang dilakukan dengan melafaz “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.

4- Membaca al-Fatihah

Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul. Jika tertinggal atau terlupa membacanya, solat menjadi tidak sah.

5- Rukuk

Rukuk ialah pergerakakn membongkokkan badan dan kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung. Manakala, kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.

Baca Juga: Wirid Selepas Solat- 4 Jenis Wirid Yang Boleh Di Amalkan Selepas Solat

6- Iktidal

Iktidal ialah perbuatan berdiri tegak selepas rukuk. Ia perlu dilakukan dengan betul dan tomakninah iaitu dengan  keadaan berdiri tegak sebelum beralih ke rukun solat seterusnya.

Rukun Solat

 

7- Sujud

Anggota sujud adalah mengandungi pergerakan berikut:

  • Dahi
  • Kedua-dua tapak tangan
  • Kedua-dua lutut
  • Kedua-dua kaki

8- Duduk antara dua sujud

9=Duduk tahiyat akhir

10- Membaca tahiyat akhir

11- Membaca selawat ke atas Rasulullah

12- Memberi salam

13- Tertib

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment