7 Koleksi Penulisan Refleksi Pengajaran PDPR Yang Mudah Dan Ringkas

Refleksi Pengajaran. Pada masa kini, tugas seorang guru sangatlah mencabar. Terutama sekali sewaktu penularan wabak Covid-19 ini.

Mana tidaknya, sewaktu penularan wabak Covid-19 ini sekolah terpaksa di tutup dan murid-murid perlu belajar secara online di rumah. Justeru itu, untuk mengajar secara online bukanlah satu perkara yang mudah buat guru. Banyak cabaran yang terpaksa di hadapi termasuklah masalah internet di sesetengah kawasan. Ia secara tidak langsung memberi sedikit kesukaran untuk para guru membuat Refleksi pengajaran mereka.

Contoh Penulisan Refleksi Pengajaran Yang Boleh Dijadikan Panduan Oleh Guru Di Malaysia

Pada perkongsian kali ini, admin hendak berkongsi dengan anda beberapa contoh koleksi penulisan refleksi yang ringkas dan mudah. Ia boleh dijadikan contoh dan panduan buat para guru untuk membuat penulisan refleksi mereka setiap kali selepas habis sesi Pdpr. Antara koleksinya ialah:

Refleksi Pengajaran #1

Rancangan P&P yang telah di rancang dan di sediadakan untuk PDPR  didapati perlu di ubah kerana sukatan pengajaran sedia ada tidak dapat membantu murid-murid untuk mencapai aras satu. Kebanyakkan murid bergelut untuk menguasai pelajaran yang telah di ajar. Ia mungkin di sebabkan murid-murid belum biasa dengan cara pembelajaran secara online

Refleksi Pengajaran #2

Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin mungkin kerana menggunakan Powerpoint yang menjadikan mereka lebih tertarik dan gembira untuk belajar. Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan ICT.

Refleksi Pengajaran #3

Sesi P&P yang berlangsung pada hari ini telah mencapai objektif/target yang diingini. Dimana, murid – murid dapat menguasai kesemua aras P&P yang telah di tetapkan. Selain itu, murid-murid telah berjaya menguasai kesemua kemahiran yang telah mereka pelajari sewaktu proses PDPR. 

Baca Juga: Tarikh EgTukar- Tarikh Permohonan Dan Semakan Egtukar 2021

Refleksi Pengajaran #4

Selepas berlakunya proses PDPR di jalankan, murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif dengan bantuan teknologi yang ada. Selain itu,  murid-murid dapat menguasai mencapai target Objektif pembelajaran. Bukan itu sahaja, selepas proses PDPR di jalankan, murid-murid juga telah berjaya menguasai aras satu dan dua dengan mudah.

Refleksi Pengajaran #5

Pada proses PDPR hari ini hanya 5 daripada 30 murid-murid yang  tidak menguasai hasil pembelajaran dan 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran kerana masalah jaringan internet yang mengganggu proses PDPR

Refleksi Pengajaran #6

Sepanjang proses PDPR di jalankan, kebanyakan murid-murid telah menyertai aktiviti PDPR dengan jayanya tetapi sebahagian murid tidak terlibat dalam proses PDPR kerana ada yang tidak mempunyai jaringan internet dan tidak mempunyai laptop serta telefon yang bersesuaian untuk proses PDPR. 

Refleksi Pengajaran #7

Proses PDPR tidak dpat dijalankan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab masalah internet dan juga kebanyakan murid-murid tidak dapat hadir sewaktu proses PDPR atas beberapa sebab. Ia sekali gus menggangu segala perancangan pengajaran yang di buat dan perlu diulang semula kerana murid-murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran

Ia Boleh Di Ubah Mengikut Kesesuaian 

Di harapkan, dengan perkongsian dari admin ini dapat membantu para guru dalam melancarkan proses PDPR yang sedang diadakan kini. Justeru itu, dengan contoh yang admin berikan di harapkan dapat membantu anda dalam membuat penulisan refleksi pengajaran PDPR dengan ringkas dan mudah. Selain dari itu, anda juga boleh mendapatkan panduan manual pengajaran dan pembelajaran di rumah dari Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik di Sini

0 thoughts on “7 Koleksi Penulisan Refleksi Pengajaran PDPR Yang Mudah Dan Ringkas”

Leave a Comment