Rebat Bil Elektrik RM40- Syarat Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021

Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan bantuan elektrik yang disediakan oleh kerajaan untuk  semua rakyat di Malaysia yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Rebat Bil Elektrik RM40

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan satu Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk
membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang
berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Dalam menentukan status kemiskinan terkini, bermula pada 2 Januari yang lalu sistem eKasih telah menggunakan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020.

Siapakah Penerima Yang Layak Menerima Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Ini?

Rebat Bil Elektrik RM40

Walaupun bantuan ini disediakan untuk warganegara Malaysia, tetapi hanya mereka yang memenuhi kriteria sahaja yang layak mendapat Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 ini. Antara mereka yang layak mendapat bantuan ini ialah:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang
    dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Syarat-Syarat Program Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40

Selain daripada syarat penerima di atas, terdapat juga beberapa syarat program yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia supaya program yang telah di jalankan ini dapat kepada mereka yang benar-benar layak dan tidak ada yang tercicir. Antara syaratnya ialah:

  • Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan
    dalam Sistem eKasih;
  • Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021
  • Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan di bawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut
  • Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019;
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Baca Juga: Pendaftaran Prasekolah 2022- Pendaftaran Prasekolah Online 2022

Rebat Bil Elektrik RM40

Cara Nak Ketahui Sama Ada Nama Kita Layak Untuk Menerima Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Atau Tidak?

Untuk menyemak kelayakan penerima Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40, anda boleh membuat semakan di sini

Perbezaan Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Dan Bantuan Rebat Bil Elektrik RM20

Pasti ada antara anda yang tertanya-tanya, apa pula perbezaan program Rebat Bil Elektrik RM40 dengan rebat bantuan elektrik yang sebelum ini? Sebenarnya, terdapat beberapa perbezaan antara program Rebat Bil Elektrik RM40 dengan program sebelum ini. Antara perbezaanya ialah:

No

Program Rebat RM40

Program Rebat RM20

1

Bantuan Kerajaan diberikan secara bersasar khusus kepada pengguna miskin tegar. Bantuan diberi kepada semua lapisan masyarakat dengan bil elektrik RM20 dan ke bawah.

2

Pendapatan isi rumah pengguna miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Tidak mengambil kira jumlah pendapatan isi rumah.

3

Nilai bantuan ditingkatkan kepada sehingga RM40 sebulan Nilai bantuan sehingga RM20 sebulan.

4

Pengguna miskin tegar berdasarkan rekod dalam Sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Tiada pangkalan data khusus.

5

Bantuan hanya diberikan kepada warganegara berdasarkan data eKasih Terbuka kepada semua pengguna elektrik termasuk bukan warganegara.

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Dapat Membantu Dalam Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan

Kesimpulanya, dengan adanya Rebat Bil Elektrik RM40 ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam meringankan beban mereka yang memerlukan. Terutama sekali yang yang berada dalam tahap kemiskinan . Justeru itu, pemberian bantuan sebegini sangat tepat pada masanya terutama sekali pada waktu ini ramai yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Leave a Comment