INFO PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2

Jika anda telah membuat semakan status kelulusan BPR dan keputusan permohonan BPR anda gagal,bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan BPR Fasa 2?

KENAPA ANDA GAGAL/TIDAK LULUS BPR?

Jika anda telah membuat semakan status BPR,akan dipaparkan alasan tidak lulus BPR Fasa 2 melalui KOD TIDAK LULUS BPR yang dinyatakan.

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan

12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP

31 – Status perkahwinan perlu pengesahan

39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2

Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Permohonan Rayuan BPR 2020 dengan mengikuti langkah berikut:

Pergi ke Portal Rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my
Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
SOALAN LAZIM

Saya gagal/tidak lulus BPR,boleh ke buat rayuan BPR 2021?

Ya boleh

Bilakah tarikh buka permohonan rayuan BPR Fasa 2?

Bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan BPR Fasa 2?

Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan

Saya lulus BPR Fasa 1 tetapi tidak lulus BPR Fasa 2,boleh ke buat rayuan BPR?

Boleh,sila sediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuat turun sebagai bukti permohonan BPR.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BPR

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565

03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

Leave a Comment