Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya-Raya dan Rezeki Datang Tak Putus-Putus

Kisah pasangan suami isteri ni sangat menarik. Dulu masa kahwin zero. Apa pun tak ada. Dulu juga mereka tak solat sampai dulu surah dan cara solat. Namun, bila mereka istiqamah dalam mengamalkan tips RAHSIA ini, rezeki mereka melimpah ruah tak putus.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mentari Hidup Full.

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lepas belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nak niaga . Kami naik sampai sekarang dgn berpaksikan hidup nak berubah demi Allah . Dari zero sekarang boleh tolong mak ayah , rumah selesa , ada kereta selesa , makan mewah , ada duit simpanan boleh kata banyak juga. Kiranya kekadang tak tahu macam mana boleh senang mcm sekarang . Kita kekadang lupa Allah ada . Banyak cara sebenarnya dia boleh tolong kita kalau kita minta kat dia . Kalau mintak kat manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dah ayat2 semua, kena baca balik buku cara2 solat. pelan-pelan solat , tak boleh tinggal , kena sungguh2 taubat.

Suami hari2 solat dhuha, yg mana saya xmampu yg tu. Tiap pagi dia akan solat dhuha, tak boleh tinggal kata dia solat dhuha tu wajib . Sebab kita tak da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kat Allah.

Dulu org gelak kami niaga online, sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nak berniaga juga.

Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sebenrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dari dlu saya seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up malam , kena usaha . Solat tak payah . Apa ada dgn solat dpt gk A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah

Saya bercakap jujur dengan pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.
Maksud REZEKI

kasih sayang
kewangan
kesihatan
ibadah
Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

Nak rezeki melimpah ruah.. Buka tabung-tabung berikut:

Tabung Zakat
Tabung Sedekah
Tabung Wakaf
Tabung Infak
**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk buka tabung2 nie**

Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1. Solat awal waktu

Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2. Solat Dhuha

eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..
Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud

buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!
Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah

beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya :
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)
Buat TABUNG SUBUH
Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..
Formula YAKIN

1. Yakin

2. Yakin

3. Yakin

4. Yakin

5. Yakin

6. Yakin

7. Yakin

8. Yakin

9. Yakin

10. Doa

11. Usaha

12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran

paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..
6. Istighfar setiap hari

7. Jaga Wuduk setiap hari

latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..
Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua…

Salam…

Leave a Comment