Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin 2020

Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin . Kemerdekaan merupakan satu perkataan amat bermakna buat rakyat di negara kita. Mana tidaknya, atas usaha orang terdahulu, kita dapat mengecapi kemerdekaan pada masa kini.

Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana, untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita, para wira negara kita telah berkorban nyawa demi semata-mata membebaskan negara kita daripada cengkaman musuh. Justeru itu, setiap tahun, sambutan kemerdekaan akan di sambut dengan meriah dan pelbagai aktiviti diadakan yang bertemakan kemerdekaan negara kita.

Ada Beberapa Contoh Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Yang Boleh Dijadikan Panduan

Salah satu aktiviti yang selalu diadakan ialah aktiviti melukis poster. Aktiviti ini adalah antara aktiviti yang seringkali diadakan oleh kebanyakan pihak sama ada NGO, badan kerajaan, dan juga pihak sekolah. Begitu juga dengan tahun lepas di mana kebanyakkan syarikat di negara kita mengadakan pertandingan poster kemerdekaan Malaysia Prihatin 2020.

Walaupun pada tahun lalu negara kita dengan menghadapi wabak covid-19 tetapi ia tidak mengahalang kebanyakkan agensi di negara kita kita untuk mengadakan pertandingan melukis poster kemerdekaan Malaysia prihatin 2020 dan ia mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan dari seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa contoh poster kemerdekaan Malaysia prihatin dari agensi kerajaan di seluruh negara yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk menyertai pertandingan melukis poster yang bakal diadakan pada tahun ini. 

Baca Juga: Minit Mesyuarat- 10 Format Minit Mesyuarat Yang Betul

Simbolik Logo Kemerdekaan 2020

Pada tahun 2020, “Malaysia Prihatin” telah di pilih sebagai tema hari kemerdekaan negara kita dan logo berbentuk hati telah di pilih sebagai logo hari kemerdekaan negara kita.

Tema Malaysia Prihatin ini membawa maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.

Selain itu, keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Antara simbolik logo kemerdekaan 2020 adalah:

1. Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum

2. Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni 

3. Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan 

4. Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan

5. Tujuh  Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan

6. Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan

7. Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.

Kita Perlu Menjaga Dan Mengekaklkan Kemerdekaan Negara Kita

Kesimpulanya, jika dilihat, setiap tahun hari kemerdekaan negara kita pasti akan dihiasi dengan pelbagai aktiviti yang di anjurkan oleh pelbagai pihak.  Ia supaya kita semua dapat menghayati makna Kemerdekaan di negara kita. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjaga dan mengekalkan Kemerdekaan yang kita kecapi pada masa kini demi untuk kesejahteraan anak cucu kita di masa akan datang. 

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Comment