Portal DELIMa KPM- Cara Login Dan 6 Fungsi Terdapat Di Dalamnya

Portal DELIMa KPM. Saban tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk menaik tarafkan sistem pendidikan di negara kita.

Ia supaya murid di negara kita mendapat pendidikan yang terbaik dan dalam pada masa yang sama untuk meaikkan lagi taraf pendidikan di negara kita. Justeru itu, dalam memberikan pendidikan terbaik, KPM telah membangunkan pelbagai sistem teknologi yang di gunakan di dalam pendididkan di negara kita.

Ia supaya murid di negara kita dapat menguasai teknologi dengan lebih baik dalam proses pembelajaran mereka. Disebabkan itu, KPM mula membangunkan satu sistem yang di panggil Portal DELIMa KPM

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan DELIMa KPM??

Portal DELIMa KPM merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Portal ini telah di lancarkan pada 15 Jun 2020 yang lalu oleh Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Portal ini merupakan penjenamaan sebelum bagi portal pembelajaran sebelum ini iaitu MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. 

Fungsi Yang Terdapat Di Dalam Portal DELIMa Ini

Portal DELIMa ini disediakan untuk membantu murid-murid sekolah menlukan proses PDP secara online. Terutama sekali sewaktu penularan wabak Covid-19 ini di mana baru-baru ini semua sekolah di seluruh Malaysia terpaksa di tutup dan segala proses PDP perlu dilakukan  dari rumah. Justeru itu, plaform DELIMa KPM ini adalah salah satu palrtform yang di gunakan oleh guru bagi proses PDPR. Antara fungsi yang terdapat di dalamnya ialah:

  • Microsoft Office 365
  • Padlet
  • Canva
  • Digital Textbook
  • WolframAlpha
  • Plickers
  • Edpuzzle
  • Blendspace
  • Aplikasi di bawah Google

Baca Juga: Penyata Gaji 2021-Cara Semak Penyata Gaji Secara Online

Rakan Penyedia Perkhidmatan Portal Delima KPM

Untuk menyediakan konten pembelajaran yang berkualiti dan bermutu untuk untuk proses pembeljaran murid sekolah, pihak KPM telah berkerjasama dengan banyak pihak. Ia bertujuan untuk memastikan murid-murid mendapat pembelajaran yang benar-benar berkualiti dan proses pembelajaran secara online berjalan dengan lancar terutama sekali sewaktu proses PDPR dilakukan. Antara rakan penyedia konten Portal DELIMa KPM ialah:

  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  • DIGI
  • ASTRO
  • United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF)
  • Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Cara Nak Login Ke Portal DELIMa KPM

Untuk menggunakan Portal DELIMa KPM ini guru dan murid perlu mendapatkan ID dan kata laluan dari pihak sekolah. Ini kerana, hanya pihak sekolah sahaja yang menyediakan ID dan kata laluan untuk guru dan murid akses masuk ke dalam sistem. Cara untuk log masuk ke dalam portal adalah seperti berikut:

  1. Untuk log masuk ke dalam sistem, mula-mula sekali anda perlu  melayari Portal Rasmi DELIMa atau anda boleh klik di sini
  2. Kemudian, anda perlu klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Selepas itu, anda perlu masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
  4. Klik butang ‘Login.’
  5. Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
  6. Akhir sekali, guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang hendak digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi Dalam Pendidikan Sangat Penting Pada Masa Kini

Kesimpulanya, pendigitilan dalam pendidikan pada masa kini adalah sangat penting. Ini kerana, ia adalah salah satu cara terbaik untuk melahirkan murid yang celik IT. Justeru itu, portal DELIMa KPM adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendigitalkan pendidikan negara kita yang sekali gus dapat meningkatkan taraf pendidikan negara kita upaya menjadi lebih baik.

Leave a Comment