i-Sinar dan i-Lestari 2.0 : Rakyat Rayu kerajaan lanjutkan jika PKP penuh Dilaksanakan

Program i-Lestari yang telah dilancarkan pada Mei 2020 sangatlah membantu rakyat khususnya pencarum KWSP.

Ia diumumkan sejurus setelah pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac tahun lalu. Manakala, i-Sinar pula diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada November lepas.

Pada awalnya, i-Sinar hanya diberikan kepada pencarum yang layak sahaja mengikut kelayakan yang tetapkan.

Namun, setelah ramai rakyat serta Ahli Parlimen memberikan pendapat kepada kerajaan agar meluluskan i-Sinar kepada seluruh pencarum tanpa syarat. Akhirnya, i-Sinar dibuka kepada seluruh pencarum bermula pada Mac 2021 lalu. Walaubagaimanapun i-Sinar bersyarat telah dilaksanakan bermula Januari lagi.

Tetapi, pembayaran i-Lestari telah tamat pada April lalu. Ini sejurus dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa i-Lestari hanya dilaksanakan selama setahun sahaja.

Manakala, i-Sinar juga sudah tiba ke penghujungnya. Jun merupakan bulan terakhir untuk i-Sinar.

Mohon Kerajaan Lanjutkan i-Sinar dan i-Lestari

Mereka yang terjejas, termasuk kehilangan kerja dan punca pendapatan susulan impak penularan pandemik COVID-19, juga mampu menarik nafas lega apabila kemudahan dalam bentuk program i-Sinar dan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperkenalkan bagi meringankan beban yang digalas.

Bagi mereka, tindakan sedemikian telah membuktikan sejauh mana kesungguhan kerajaan membantu golongan yang memerlukan selain turut menjadi antara pencapaian tersendiri PN. Kemudahan pengeluaran i-Lestari yang diperkenalkan pada 3 Mac, 2020 — beberapa hari selepas pembentukan kerajaan PN, membabitkan inisiatif pengeluaran sebanyak RM500 yang dimulakan pada 1 April, 2020 selama 12 bulan yang keseluruhannya berjumlah RM30 bilion.

i-Sinar pula merupakan lanjutan daripada kemudahan pengeluaran i-Lestari dengan kelulusan syaratnya turut dipermudah baru-baru ini dengan mengambil kira sentimen rakyat.Laporan menyatakan dianggarkan kira-kira RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonannya dibuka pada Disember 2020 yang memberi manfaat kepada 3.3 juta ahlinya.

Apa yang pasti, bagi kebanyakan penerima kemudahan itu, wang tersebut turut menyuntik harapan serta peluang untuk mereka kembali bangkit menjana pendapatan, termasuk memulakan perniagaan selepas mengalami kesukaran akibat kesan COVID-19. “Keuntungan perniagaan yang diraih mungkin kecil, namun apa lebih penting adalah dapat memastikan masih mampu menyediakan makanan untuk dikongsi bersama keluarga,” demikian luahan Azuar Fahmi Mohd Ali, 30, kepada Bernama, baru-baru ini.

PKP 3.0 telah diumumkan pada Mei. Tetapi sehingga hari ini tiada bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan sejak PKP 3.0 diumumkan.

Ramai rakyat yang menderita, ada yang dibuang kerja dan gaji hanya dibayar separuh.

i-Sinar dan i-Lestari harus dilanjutkan untuk membantu isi rumah atau bujang yang menghadapi masalah kewangan sewaktu PKP ini.

Rakyat amat berharap agak kerajaan melanjutkan semula i-Sinar dan i-Lestari ini.

 

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment