PIBK- Maksud PIBK Dan 5 Kebaikan PIBK

PIBK. Apa yang di maksudkan dengan PIBK? Apakah kepentinganya keada ibu bapa dan guru. PIBK adalah salah satu perkataan dan terma yang perlu di ketahui oleh para ibu bapa di Malaysia

Kita biasa mendengar mengenai PIBG tetapi PIBK mungkin satu perkataan yang asing sebahagian dari kita. PIBK ialah singkatan kepada “Penglibatan Ibu Bapa Komuniti” Di mana, Penglibatan ibu bapa merupakan satu keadaan yang mana, ibubapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibubapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Justeru Itu, ia seara tidak langsung ibu bapa dapat turut sama membantu para guru dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak masing-masing.

Kebaikkan Bila Adanya PIBK

Dengan adanya PIBK ini ia mendatangkan banyak kebaikkan kepada guru dan para ibu bapa. Antaranya ialah:

  • Guru dan ibu bapa dapat bersama-sama memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan pendidikan kanak – kanak. Guru bertugas mendidik di sekolah dan merangkumi masa selama tiga atau empat jam di pusat prasekolah, sedangkan ibu bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk mencorak kanak-kanak.
  • Pengalaman atau idea yang disemaikan oleh guru di sekolah boleh dikukuhkan oleh keadaan di rumah dengan bantuan ibu bapa
  • Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen yang baik ke atas segala keputusan yang dicapai bersama.
  • Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang  optimum di atas segala proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
  • Hubungan komunikasi yang erat diantara ibubapa dan guru membentuk perasaan bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Baca Juga: Sso KPM- Cara Login Dan 3 Sistem Yang Terdapat Di Dalamnya

Kategori Dalam PIBK

Dalam PIBK ini ada beberapa kategori yang boleh ibu bapa lakukan. Antaranya ialah:

  • Kategori keibubapaan (parenting)

Sekolah memberi khidmat nasihat ibu bapa dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di
rumah. Ia secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.

Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang
dipraktikkan dalam keluarga tersebut.

  • Kategori komunikasi (communication)

Sekolah sentiasa berhubung dengan ibu bapa mengenai program atau aktiviti di sekolah anak mereka dan dalam pada masa berbincang dengan ibu bapa mengenai kemajuan anak-anak mereka di sekolah melalui proses komunikasi yang berkesan.

Komunikasi ini termasuklah komunikasi dua hala yang berlaku dari semasa ke semasa antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.

  • Kategori kesukarelawanan (volunteerism)

Pihak sekolah kebiasaannya akan mengelolakan bantuan ibu bapa di sekolah atau mewujudkan pasukan sukarelawan untuk membantu pihak sekolah. Aktiviti kesukarelawanan tersebut melibatkan semua aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah  dan persekitaran sekolah anak mereka.

  • Kategori pembelajaran di rumah (learning at home)

Bagi pembelajaran anak di rumah, pihak sekolah akan membekalkan idea kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka dalam aktiviti pembelajaran di rumah supaya anak mereka dapat pembelajaran yang mencukupi dan tidak ketinggalan dalam setiap subjek. Jenis penglibatan ini biasanya mempengaruhi pencapaian serta perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Dengan Adanya PIBK Dapat Membuatkan Ibu Bapa Dan Guru Berganding Bahu Dalam Pembelajaran Murid

Kesimpulanya, dengan adanya PIBK ini, ia secara tidak langsung dapat membuatkan para guru dan ibu bapa bersama-sama berganding bahu dan mengambil bahagian dalam mendidik kanak-kanak. Ini kerana, tanpa sokongan dari kedua-dua pihak kanak-kanak mungkin sukar untuk mendapatkan pelajaran yang terbaik sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Rujukan: Laman Rasmi Kementeria Pelajaran Malaysia

Leave a Comment