Permohonan UPU: Cara Permohonan Dan 2 Kategori Permohonan

Permohonan UPU. Apabila habis sahaja SPM, waktu yang sangat di tunggu-tunggu oleh ke semua murid adalah tarikh permohonan UPU di buka. 

Permohonan UPU

Ini kerana, ia adalah peluang untuk mereka lepasan SPM untuk memohon kemasukan ke IPT yang mereka gemari. Justeru itu, untuk memasuki ke IPT kerajaan setiap murid perlu membuat permohonan UPU terlebih dahulu. Justeru itu, tarikh permohonan UPU merupakan tarikh yang amat penting untuk mereka lepasan SPM. Jika terlepas tarikh permohonan, anda terpaksa menunggu tarikh permohonan yang seterusnya pula kerana permohonan tidak di buka sepanjang masa.

Tarikh Penting Bagi Permohonan UPU 2021

Sebelum hendak membuat permohonan, sudah pastilah kita perlu mengetahui tarikh penting terlebih dahulu. Antara tarikh pentingnya ialah:

  • Tarikh Permohonan UPU 2021: 4 Januari 2021
  • Tarikh tutup : 31 Mac 2021
  • tarikh Pengisian pilihan program: 16 mac 2021
  • Pembelian no unik ID: Februari 2021

Syarat Am Pemilihan Program UPU 2021

Ada beberapa syarat am yang wajib anda ketahui sebelum hendak membuat permohonan UPU. Antara syarat am tersebut ialah:

LEPASAN SPM

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada ).
  • Pilihan program boleh dibuat pada 21 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg ).

LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM

STPM :

Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2020

MATRIKULASI / ASASI :

Keputusan peperiksaan hingga semester 1

STAM :

  • Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )
  • Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg )

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
  • Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.

Baca Juga: Kolej Vokasional- Cara Memohon Dan 9 Syarat Permohonan

Cara Permohonan UPU Online

Permohonan UPU

Untuk membuat permohonan UPU, ada beberapa cara yang perlu anda lakukan. Antaranya ialah:

  1. Mula-mula sekali, anda perlu membuat pembelian Unik ID UPUOnline. Sewaktu hendak hendak membeli unik ID UPU Online pastikan anda membuat pilihan kategori yang betul.
  2. Kemudian, untuk membuat permohonan UPU anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dengan cara melayari portal rasmi UPU.
  3. Pastikan kategori anda betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  5. Kira merit di sini.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan UPUOnline.
  9. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang “SIMPAN”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

Cara Pengiraan Merit

Permohonan UPU

Permohonan kemasukkan ke IPT adalah berdasarkan merit yang telah di tetapkan oleh UPU. Justeru itu, bagi mereka yang hendak membuat permohonan, digalakkan untuk membuat pengiraan Merit terlebih dahulu. ia supaya untuk memudahkan kita mengetahui sama ada kita layak untuk membuat permohonan dan untuk menentukan kelayakan untuk kemasukkan ke IPTA. Cara pengiraan Merit UPU adalah seperti berikut:

Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM

  • 90 Markah bagi lima (5) subjek mata pelajaran utama
  • 30 Markah bagi tiga (3) subjek matapelajaran terbaik lain

Kaedah Pengiraan Merit SPM

  • Markah akademik = Markah mata pelajaran utama aliran + markah subjek matapelajaran terbaik
  • Markah akademik 90% = Markah akademik/120 x 90
  • Markah merit = Markah akademik 90% + Markah Kokurikulum (10%)

Permohonan UPU Memudahkan Murid Lepasan SPM Untuk Membuat Permohonan Ke IPTA

Kesimpulanya, dengan adanya sistem sbegini, ia sangat memudahkan mereka di luar sana untuk membuat permohonan ke IPTA yang menjadi pilihan mereka. Bukan itu sahaja, ia juga untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja mendapat tempat ke IPTA yang telah di pilih.

Leave a Comment