Permohonan guru: Pengambilan Khas Guru Secara One-off 2021

Permohonan guru- Pada hari ini, kementerian pendidikan Malaysia ada mengumumkan untuk membuat pengambilan khas guru secara one off.permohonan guru 2

Pengambilan Permohonan Guru Secara Besar-Besaran Bagi Mengatasi Masalah Kekurangan Guru

Pada sidang media tadi, , pihak Kementerian Pendidikan akan mengambil seramai 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off bagi mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya membabitkan beberapa buah negeri dan mata pelajaran tertentu di negara ini.

permohonan guru 2

Menurut, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM akan mengeluarkan iklan permohonan guru itu bermula pada 7 Julai 2021 dan penempatan bagi mereka yang lulus permohonan guru akan mula dilakukan secara berperingkat bermula pada bulan Oktober tahun ini.

Baca Juga: Solat Tahajud- 4 Kelebihan Solat Tahajud Yang Perlu Anda Tahu

Menurutnya lagi:

Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

permohonan guru 2

Beliau turut menjelaskan, ia merupakan pengambilan permohonan guru yang paling terbesar untuk setakat ini. bukan itu sahaja, menurut beliau juga usaha pengambilan guru besar-besaran  ini juga adalah perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di bawah bawah plan rancangan Pemulihan Negara yang sebelum ini diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment