Penyata Gaji 2021-Cara Semak Penyata Gaji Secara Online

Penyata Gaji 2021. Penyata gaji adalah antara dokumen yang penting bagi kita yang bekerja sama ada di dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.

Ini kerana, di dalam penyata gaji inilah mengandungi segala maklumat lengkap mengenai pembayaran gaji kita selama sebulan kita bekerja. Justeru itu, ia dalah antara dokumen yang penting buat kita kerana penyata gaji adalah salah satu dokumen yang di minta oleh pihak bank atau institusi kewangan seiranya kita mahu membuat sebarang pinjaman. 

Bagi yang bekerja kerajaan, anda boleh minta dan menyemak penyata gaji 2021 anda dengan jabatan sumber manusia di syarikat anda. Begitu juga dengan anda yang bekerja kerajaan. Namun begitu, bagi kakitangan kerajaan ada satu lagi cara yang boleh di gunakan untuk menyemak penyata gaji 2021 anda iaitu melalui online.

Anda Juga Boleh Menyemak Penyata Gaji 2021 Secara Online

Pada masa kini, buat mereka yang bekerja kerajaan untuk menyemak dan mendapatkan penyata gaji bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, untuk menyemak dan mendapatkan penyata gaji 2021 anda boleh lakukanya secara online. Caranya ialah melalui semakan di portal semakan ePenyata Jabatan akauntan Negara Malaysia

Baca Juga: SSQS: Maksud SSQS Dan 5 Objektifnya

Cara Membuat Semakan Dan Mendapatkan Penyata Gaji 2021 

1- Untuk membuat semakan dan memuat turun penyata gaji 2021 secara online, perakara peratama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari portal rasmi jabatan akauntan negara Malaysia atau anda boleh klik di sini

2- Bagi yang barau pertama kali log masuk, anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dengan klik di bahagian “Pertama Kali mendaftar”. Kemudian, anda perlu mengisi segala maklumat penting yang di minta seperti:

  • No mykad (kad pengenalan)
  • No gaji
  • kata laluan (password)
  • sahkan kembali kata laluan.
  • soalan keselamatan (penting jika anda terlupa kata laluan)
  • Jawapan kepada soalan keselamatan (pastikan anda berikan jawapan yang anda mudah ingat.)

Kemudian, anda boleh log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan juga password yang telah anda daftar tadi.

Cara Memuat Turun Penyata Gaji

Setelah membuat pendaftaran akaun, anda sudah boleh log masuk dan semak akaun. Selain dari membuat semakan anda juga boleh membuat turun penyata gaji 2021 anda di dalam portal ini. Di dalam portal ini ada 2 jenis penyata gaji yang di sediakan iaitu penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan. Untuk memuat turut penyata gaji tersebut adalah seperti berikut:

i) Menyemak Penyata Gaji Bulanan

  • Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

ii) Menyemak Penyata Gaji Tahunan

  • Klik ”Penyata Pendapatan Tahunan” yang terdapat di bawah submenu ”Sendiri”.
  • Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

Kini Kita Sudah Boleh Menyemak Penyata Gaji Dengan Mudah

Kesimpulanya, dengan adanya portal sebegini, ia memudahkan mereka yang bekerja di dalam sektor kerajaan untuk membuat semakana penyata gaji dan dapat muat turut penyat gaji mereka terutama sekali penyata gaji 2021 dengan mudah dan cepat. 

Leave a Comment