PENGELUARAN BPR DI BSN BAGI STATUS TIADA AKAUN DAN GAGAL KREDIT

Jadual Tarikh Bayaran Bila Duit BPR Masuk Bank Dan Semakan Bantuan Prihatin Rakyat Kategori Bujang Dan Isi Rumah. Pembayaran duit bantuan kewangan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 akan dimasukan atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima setelah permohonan baru dan kemaskini maklumat masing-masing telah disahkan berjaya….

Jika anda penerima BPR yang tidak mempunyai akaun bank atau status pembayaran gagal kredit,anda perlu membuat pengeluaran BPR di BSN (Bank Simpanan Nasional).

PENGELUARAN BPR DI BSN

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Rakyat menunjukkan Tiada Akaun, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Prihatin menunjukkan status Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Rakyat di Bank Simpanan Nasional?

Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Baucar BPR yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

Bagaimana mahu buat semakan dan dapatkan Nombor Baucar?

Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Rakyat, https://bpr.hasil.gov.my

Bilakah tarikh yang dibenarkan untuk buat pengeluaran BPR di BSN di kaunter bank?

Duit BPR boleh diambil atau penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter BSN mulai 17 Mei 2021.

Sila ambil maklum, penerima hanya boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Baucar wujud pada paparan Maklumat Pembayaran.

Selagi belum ada Nombor Siri, tidak perlu hadir ke BSN.

Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai BPR boleh dibuat?

Penerima yang layak perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

Bolehkah suami ambilkan duit BPR bagi pihak isteri?

Perintah Kawalan Pergerakan hanya membenarkan ketua keluarga sahaja untuk keluar membuat urusan tertentu yang dibenarkan.

Justeru, dalam situasi begini, suami dibenarkan untuk hadir ke BSN semasa tempoh PKP bagi membuat buat pengeluaran BPR di BSN berdasarkan prosedur di Bank Simpanan Nasional.

Pastikan suami ada membawa Nombor Baucar yang wujud dalam portal BPR isteri.

Pihak BSN ada membuat semakan berkaitan Maklumat Suami melalui portal BPR.

Bolehkah wakil atau waris ambilkan duit BPN bagi pihak penerima yang Tiada Akaun / Gagal Kredit / sudah meninggal dunia / sakit uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran BPR di BSN bagi pihak penerima di mana-mana kaunter dan cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

Siapakah yang dibenarkan untuk menjadil wakil atau waris?

Wakil atau waris yang dibenarkan untuk membuat penunaian duit BPR adalah wakil atau waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)

Selain itu, wakil atau waris mestilah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu / Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu
  • Bagi pembayaran BPR secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Apa dokumen yang wakil atau waris perlu bawa untuk buat penunaian Bantuan Prihatin Rakyat di Bank Simpanan Nasional?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil atau waris yang berdaftar bagi pembayaran BPR secara tunai adalah seperti berikut:

  • Sijil Kematian (asal atau salinan) penerima; atau
  • Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; dan
  • Kad pengenalan (asal) wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil atau waris.
  • Dokumen sokongan yang mana berkaitan:

a) Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara atau Pusat Serenti); atau

b) Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana menjalankan tugas; atau

c) Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau

d) Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Pengusaha Rumah Jagaan; atau

e) Surat kebenaran / pengesahan daripada hospital / klinik / Ketua Kampung / Ketua Kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak); atau

f) Kad OKU asal.

Dokumen perlu dibawa wakil atau waris untuk penunaian BPR di BSN

Suami adalah penerima BPR. Bolehkan saya sebagai wakil atau waris layak untuk menerima duit BPR?

Ya, layak.

Dalam situasi ini, suami ialah seorang penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia.

Oleh hal yang demikian, wakil atau waris yang berdaftar dalam permohonan yang diisi dalam Maklumat Waris boleh hadir ke BSN untuk penunaian duit BPR.

Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia. Adakah saya boleh menjadi wakil untuk ambilkan duit BPR?

Ya, boleh.

Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil untuk buat pengeluaran BPR di BSN.

Namun, hanya sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima yang sakit, uzur atau merupakan warga emas yang tidak boleh berjalan dan menghadirkan diri ke BSN?

Ya, boleh.

Wakil atau waris yang berdaftar boleh hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan.

Sila rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa untuk pengesahan.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima Bujang?

Ya, boleh.

Namun, dengan syarat penerima Bujang ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak Bujang boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan (asal) penerima BPR.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima OKU?

Ya, boleh. Namun, dengan syarat penerima OKU ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan.

Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak OKU boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN.

Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan OKU (asal) dan Kad OKU (asal) penerima BPR.

Leave a Comment