5 Panduan Solat Sunat Aidilfitri Yang Perlu Anda Tahu

Panduan Solat Sunat Aidilfitri- Apabila tiba sahaja hari raya aidilfitri, salah satu perkara yang di tunggu-tunggu oleh umat islam ialah solat sunat aidilfitri.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Namun begitu, pada tahun ini sekali lagi kita bakal menyambut aidilfitri dalam kedaan negara kita sedang mengalami penularan wabak covid-19. Disebabkan itu, Aidilfitri pada tahun ini di sambut dalam sop yang ketat di mana tidak ada ziarah menziarahi dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Ada Beberapa Panduan Solat Sunat Aidilfitri Yang Boleh Anda Ikuti Apabila Menunaikanya Bersama Dengan Keluarga

Justeru itu, sudah pastilah ramai yang mula merancang untuk mengadakan solat sunat aidilfitri bersama dengan ahli keluarga terdekat di rumah masing-masing. Tetapi, dalam pada masa yang sama pasti ada antara anda yang terlupa mengenai cara yang betul untuk melakukan solat sunat hari raya. Ini kerana, kita hanya melakukan solat sunat ini setahun sekali sahaja. Jadi, pada kali ini admin hendak berkongsi dengan anda panduan solat sunat aidilfitri. Panduanya adalah seperti berikut:

1- Niat Solat Sunat Aidilfitri

  • Imam

Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Bacaan Dalam Rumi: Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini imaman Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

  • Makmum

Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Bacaan Dalam Rumi: Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

2- Hukum Melakukan Solat Sunat Hari Raya

Hukum melakukan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat di tuntut untuk dilakukan.

3- Waktu Melakukan Solat Sunat Aidilfitri

Waktu melakukan solat sunat aidilfitri ialah bermula dari terbit matahari sehingga sebelum terbit waktu zohor

Baca Juga: Mengalir Air Mata Bila Mendengar Ketabahan Anak Gadis Ini Berusaha Membantu Keluarganya

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Bagi Setiap Rakaat

Solat sunat Hari Raya dilakukan sebanyak dua rakaat. Bacaan dalam solat sunat hari raya sama seperti solat sunat yang lain cuma ada penambahan bacaan di dalam solat. Cara menunaikan solat sunat hari raya ialah seperti berikut:

1-Panduan Solat Sunat Aidilfitri Rakaat Pertama

  • Niat Dan Mengangkat Takbir 

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan membaca niat solat sunat hari rayadan kemudian mengagkat takbir. Kemudian membaca doa iftitah.

  • Mengangkat Tujuh Kali Takbir

Selesai membaca doa Iftitah, kita akan mula mengangkat tujuh kali takbir yang diselang-seli dengan 6 kali bacaan tasbih. Bacaan tasbihnya adalah seperti berikut:

Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Bacaan Dalam Rumi: Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

  • Membaca Surah Al fatihah

Setelah selesai mengangkat takbir anda perlu membaca surah alfatihah dan kemudian rukuk dan sujud sehinggalah selesai rakaat pertama

2-Panduan Solat Sunat Aidilfitri Rakaat Kedua

Bagi rakaat kedua, cara menunaikanya adalah sama seperti rakaat pertama. Cuma di takbir kedua anda pelu melakukan takbir tambahan sebanyak 5 kali takbir dan 4 kali tasbih. Kemudian, di susuli dengan rukuk, sujud sehingga selesai.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Ini Dapat Membantu Anda Dan Keluarga Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri 

Kesimpulanya, dengan adanya panduan solat sunat Aidilfitri ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda menunaikan solat sunat hari raya bersama dengan keluarga di rumah.

Walaupun kita hanya melakukan solat sunat Aidilfitri di rumah kerana penularan wabak Covid-19 tetapi kita masih boleh menikmati dan merasai kemanisan solat sunat hari raya bersama keluarga

Sumber Rujukan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

Leave a Comment