PAJSK-Cara Login Dan 4 Objektif Utama

PAJSK merupakan singkatan kepada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum. Ianya adalah penilaian yang dilakukan di sekolah untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan pada murid.

Selain itu, ianya juga adalah untuk penilaian  penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum. PAJSK ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pelengkap kepada sistem pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum.

Objektif PAJSK Dibangunkan

Ada beberapa sebab kenapa PAJSK dibangunkan dan diguna pakai oleh semua sekolah dalam negara kita. Antara sebab utamanya ialah:

  1. Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
  2. Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
  3. Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).
  4. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

Cara Log Masuk Ke Portal PAJSK

 

Setiap markah penilaian yang di ambil oleh guru sebenarnya boleh di semak di sistem PAJSK. Cara untuk menyemaknya adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula sekali, anda perlu  melayari ke laman web rasmi PAJSK untuk login atau anda boleh klik di sini
  2. Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian utama website tersebut. Di sini anda di beri 2 pilihan iaitu untuk sekolah rendah dan juga untuk sekolah menengah
  3. Kemudian anda perlu memilih sama ada Bahagian / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Sekolah / Semakan Markah Murid
  4. Setelah anda klik pada butang senarai seperti di atas, anda akan di bawa ke bahagian seterusnya. Di bahagian tersebut anda perlu masukkan ID dan kata laluan untuk memasuki website untuk membuat semakan ataupun kemaskini.

Baca Juga: TS25- Maksudnya Dan Objektif Penubuhan

Komponen Utama Yang Terdapat Dalam PAJSK

Di dalam sistem PAJSK ini terdapat 3 komponen utama yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:

  1. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
  2. Kokurikulum yang merangkumi:
    a) Kelab Persatuan
    b) Unit Beruniform
    c) Sukan/Permainan
  3. Ekstra Kurikulum

1- Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Kita mendengar mengenai SEGAK. Mana tidaknya, sewaktu di bangku sekolah, kita biasa melakukan ujian SEGAK sewaktu kelas pendidikan jasmani. Ia bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Antara komponen yang terdapat di dalam segak ialah:

  1. Daya Tahan Kardiovaskular (Naik Turun Bangku)
  2. Fleksibiliti (Jangkauan Melunjur)
  3. Daya Tahan Kekuatan Otot (Rengkuk Tubi Separa)
  4. Daya Tahan Kekuatan Otot (Tekan Tubi)

 

2- Kokurikulum

Kokurikulum juga adalah salah satu komponen yang terdapat di dalam sistem ini. Penilaian kokurikulum di ambil adalah bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta jati diri seseorang murid. Di dalam kokurikulum juga terbahagi kepada 3 komponen. Iaitu:

  1. Kelab Persatuan
  2. Unit Beruniform
  3. Sukan/Permainan

Selain itu, terdapat 3 elemen yang akan dinilai dalam ketiga-tiga komponen tersebut iaitu:

  1. Penglibatan- merangkumi jawatan, peringkat, komitmen dan khidmat sumbangan.
  2. Penyertaan- merangkumi kehadiran.
  3. Prestasi- merangkumi pencapaian

3- Ekstra Kurikulum

Komponen terakhir di dalam sistem PAJSK ialah ekstra kurikulum. Ekstra kurikulum bermaksud penglibatan murid secara sukarela sama ada di dalam mahupun di luar negara.

PAJSK Sangat Penting Untuk Murid Sekolah Di Negara Kita

Kesempilunta, sistem pajsk di wujudkan bukan hanya untuk membuat penilaian semata-mata. Sebaliknya, ia adalah sebagai salah satu usaha supaya murid di negara kita bergiat aktif di dalam sukan yang seterusnya boleh menyebabkan mereka mendapat badan yang sihat.

Leave a Comment