Cara Niat Puasa Ganti Dengan Betul

Cara Niat Puasa Ganti Dengan Betul | Puasa adalah rukun Islam Ketiga, ia adalah fardhu bagi setiap umat islam wajib untuk mengerjakan ibadah puasa ini apabila cukup syarat. Puasa di bulan ramadhan adalah wajib ditunaikan, jika setiap muslim muslimah meninggalkan tidak sengaja mahu pun sengaja wajib Qhada iaitu menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan. Pastikan cara Niat Puasa Ganti dengan niat yang betul.

Sebab-sebab Perlu Ganti Puasa Ramadhan

Sengaja

Sengaja dengan alasan berbuka disiang hari, penat, dahaga dan melakukan hubungan intim untuk pasangan suami isteri.

Hukumnya berdosa besar dan wajib mengantikan serta bertaubat tidak akan melakukannya lagi. Namun Allah s.w.t mengasihani hamba-hambanya iaitu anda perlu mengantikan puasa dengan niat puasa yang betul sebelum datang bulan ramadhan setersunya.

Tidak Sengaja

Terbatalnya puasa wajib di bulan ramadhan pada hari tersebut disebabkan alasan yang munasabah dan diterima syarat sepert:-

  • Keluar haid
  • Uzur
  • Musafir
  • Wanita hamil dan menyusu bayi
  • Wanita sedang Haid
  • Orang yang sakit

Baca ini: Solat Sunat Taubat- Panduan Rringkas Dan 3 Syarat Taubat

Boleh Ke Niat Puasa Enam dan Puasa Ganti Serentak?

Para ulama bersepakat masalah ini sebagai masalah tasyrik (Gabungkan 2 ibadat jadikan satu niat)

Ini hukumnya Tidak SAH mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadatyang dilakukan itu berasingan daripada ibadat lainnya kerana ia diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.

Qadha adalah menggantikan puasa wajib pada bulan ramadhan dan puasa enam adalah puasa sunat yang dilakukan pada bulan syawal.

Lebih elok dan afdhal adalah mengasingkan antara ganti puasa ramadhan dan puasa sunat.

Ganti Puasa Ramadhan Dahulu atau Puasa Sunat Enam Dahulu?

Sebenarnya ada beberapa pendapat dari ulama yang menyatakan puasa sunat enam dahulu sebelum menggantikan puasa ganti kerana bulan syawal adalah sebulan dan singkat. Jadi Puasa sunat enam pada bulan syawal dahulu baru gantikan puasa yang telah kita tinggalkan pada bulan ramadhan sengaja atau tidak sengaja.

Cara Betul Lafaz Niat Ganti Puasa

Mahzab Syafi’i, untuk baca niat puasa Ramadhan dilafalkan pada malam hari sebelum berpuasa di siang hari. Di sarankan niat ganti puasa Ramadhan di malam hari juga.

Niat puasa ganti 01

“Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala”

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Jangkaan Waktu Qada’ atau Ganti Puasa Ramadan

Untuk pengetahuan semua, waktu yang diberi untuk ganti puasa Ramadan adalah dari bulan Syawal sehingga ke bulan Sya’ban sebelum Ramadhan yang berikutnya. Untuk ganti puasa pada hari yang dilarang adalah tidak sah.

Ada juga yang tidak sempat untuk menggantikan puasa ramadhan disebabkan bukan uzur ia wajib ganti dan wajib dan disertakan dengan membayar fidyah, ini ramai yang tidak ambil berat.

Golongan Yang Wajib Menggantikan Puasa

Niat puasa ganti 01

Tadi, admin sudah terangkan mengenai niat puasa ganti. Kini jom kita ketahui sapa pula golongan yang wajib menggantikan puasa. Walaupun ada beberapa golongan yang di berikan keringanan untuk tidak meneruskan puasa ramadhan atas sebab tertentu, tetapi ia wajib digantikan semula setelah habis bulan ramadhan. Golongan yang wajib menggantikan puasa adalah seperti berikut:

  1. Orang sakit yang ada harapan sembuh.
  2. Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
  3. Orang yang kedatangan haid dan nifas.
  4. Orang yang meninggalkan niat puasa.
  5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  6. Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
  7. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.

Apa itu Fidyah?

Fidyah ialah satu bentuk denda dikenakan kepada seorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara melibatkan pelanggaran terhadap hukum haji, puasa dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

Hukumnya Wajib.

Untuk kiraan membayar fidyah anda boleh rujuk majlis agama setiap negeri atau pun ke laman web rasmi.

Kesimpulan

Akhir kalam, sebolehnya jangan sengaja meninggalkan puasa wajib iaitu puasa di bulan ramadhan, jika anda tidak sengaja membatalkan puasa pada hari tersebut gantilah sebelum tiba bulan ramadhan di tahun berikutnya, jika tidak anda dikenakan bayaran fidyah.

Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.

 

 

 

 

 

Leave a Comment