(TERKINI) NGO meminta bantuan Najib untuk rayu pengeluaran KWSP RM10,000

NGO minta bantuan Najib, rayu PM benar pengeluaran KWSP RM10,000

Beberapa NGO dan individu mewakili pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini tampil meminta bantuan Najib Razak membawa suara mereka dengan merayu kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya membenarkan pengeluaran dana simpanan sebanyak RM10,000 tanpa syarat.

—> SIla baca juga [INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Intipati Kenyataan

  • Wakil pencarum, Azmi Mohd Tahir berkata, rayuan itu dibuat kerana ramai pencarum terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 2020.
  • Katanya, sehingga kini lebih 50,000 pencarum menandatangani petisyen menuntut pengeluaran terakhir RM10,000 daripada KWSP secara “one off” yang diusahakan beliau secara atas talian.
  • “Tuntutan ini bukan sahaja kerana banjir, ia kerana PKP yang berlanjutan sehingga dua tahun dan ramai pekerja hilang kerja, dapat separuh gaji, tidak dibayar gaji dan banyak industri tutup dan gulung tikar.
  • “Kami berjaya dapat lebih 50,000 tandatangan pencarum secara dalam talian yang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran terakhir RM10,000 KWSP,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada Najib di pejabat bekas Perdana Menteri itu di Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.
  • Beliau juga menafikan bahawa desakan kepada kerajaan supaya membenarkan pengeluaran RM10,000 adalah kerana hasutan Najib sebaliknya ia dibuat atas kehendak pencarum sendiri yang terkesan akibat Covid-19 dan pelaksanaan PKP.
  • Hadir sama ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut membuat tuntutan sama.
  • Presiden PPIM, Nadzim Johan berkata, tuntutan itu dibuat kerana masih ramai pencarum yang belum mendapat pekerjaan dan gaji yang stabil.
  • “Ada juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan tunggakan hutang, pinjaman dan lain-lain,” katanya.
  • Katanya, pencarum juga berdepan kesan berganda akibat banjir di beberapa negeri pada hujung tahun lalu.

–> Sila baca juga Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Lepasan dan Penganggur RM400 – RM600

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web BKM yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment