Netizen Berbahas Kebenaran Mandi Dalam Tasik Dayang Bunting Boleh Cepat Dapat Zuriat

Netizen Berbahas Kebenaran Mandi Dalam Tasik Dayang Bunting Boleh Cepat Dapat Zuriat

Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi pasti akan melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.

“Boleh jadi syirik sebab pemikiran “sebab tasik dayang bunting aku mengandung”.- Tulis seorang pengguna Twitter.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengatakan amalan khurafat ini tidak seharusnya dipraktikkan lagi sebagai individu beragama Islam.

Bukan itu sahaja, ada juga mitos yang mengatakan bahawa sesiapa yang mahu mendapatkan zuriat dengan cepat boleh berikhtiar dengan mandi atau berendam di tasik itu.

Malah, baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik hantaran video yang menyatakan tentang keberkesanan mitos tersebut apabila selepas seminggu pulang dari tasik tersebut, dia akhirnya berjaya mendapatkan zuriat.

Balik je dari sini, seminggu lepastu saja buat test.. Alhamdulillah lekat sorang baby Langkawi.

Namun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Malissa Ali telah memuat naik ciapan meluahkan rasa kebimbangannya terhadap video tersebut.

Menurutnya, ikhtiar yang dilakukan itu adalah khurafat dan boleh jatuh syirik serta memesongkan akidah seseorang.

Dah makin merepek-repek trend ni. Kehidupan bukan datang dari tasik tu, tapi datang dari Allah.

Kredit: Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Comment