MUET 2021- Cara Pendaftaran Dan Tarikh Peperiksaan MUET

MUET adalah singkatan kepada Malaysian University English Test yang mana ianya wajib di ambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah atau Ijazah Sarjana Muda

MUET

Ujian MUET biasanya akan diadakan sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Julai Mac Dan November. Ujian MUET ini diadakan pada setiap tahun, adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. 

Tarikh Ujian MUET 2021

MUET

Bagi yang mahu menduduki ujian MUET, tarikh ujian MUET merupakan antara perkara yang penting. Ini kerana, dengan mengetahui tarikh penting, ia sudah tentulah sangat memudahkan mereka untuk mula merancang jadual masing-masing supaya dapat menduduki ujian ini. Tarikh ujian MUET 2021 sesi 2 adalah seperti berikut:

  • Tarikh pendaftaran dibuka: 9 Februari 2021
  • Tarikh pendaftaran ditutup: 28 Mac 2021
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 16, 17, 21,22,23 dan 24 JUN 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening): 3 Julai 2021
  • Tarikh pembelian PIN MEX: 9 Februari- 27 Mac 2021

Baca Juga: Semakan Keputusan SPM 2020- Tarikh Semakan Dan Cara Membuat Semakan

MUET

Cara Membuat Pendaftaran 

Jika mahu menduduki ujian MUET sudah pastilah kita perlu membuat pendaftaran secara online terlebih dahulu. Untuk membuat pendaftaran secara online, anda perlu mendaftarnya di Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dan anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut:

1- Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia

2- Kemudian, anda perlu klik butang “Pendaftaran Calon Persendirian”

3- Selepas itu, anda akan di bawa ke laman seterusnya. Di laman yang seterusnya ini, anda perlu klik butang “Daftar Pengguna”

4- Di bahagian pendaftaran akaun, anda perlu isikan beberapa maklumat yag diperlukan seperti:

  • Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau
    Sijil Kelahiran
  • Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, pasport atau sijil
    kelahiran)
  • Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
  • Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal
  • Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
  • Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat

Selepas, selesai ke semua perkara di atas, tibalah masanya untuk anda mula membuat pendaftaran untuk menduduki ujian Muet. Caranya adalah seperti berikut:

1- Mula-mula sekali anda perlu masukan nombor IC dan kata laluan yang telah anda daftarkan tadi dan selepas itu, klik butang “Log Masuk”

2- Kemudian, anda perlu klik pada tab panel “Peperiksaan” dan kemudian, anda perlu klik pada menu Pendaftaran Calon Persendirian

3- Di bahagian seterusnya anda akan menerima 2 pilihan yang perlu anda pilih iaitu, MUET dan STPM. Anda perlu memilih ‘Pendaftaran MUET’

4- Selepas itu, anda perlu masukkan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan dan selepas itu anda perlu klik butang ‘Teruskan’ 

5- Untuk bahagian seterusnya, anda perlu mengisi segala maklumat yang di perlukan dan kemduian klik butang “Simpan” selepas selesai semua proses penddaftaran, anda perlu menunggu keputusan pendaftaran anda yang akan di beritahu nanti.

Pada Masa Kini, segalanya Boleh Dilakukan Secara Online

Pada masa kini, segala-galanya boleh dilakukan secara online sahaja. Bermula dari pendaftaran peperiksaan sehinggalah ke menyemak keputusan peperiksaan. Ia secara tidak langsung memudahkan kita semua dan dalam pada masa yang sama  sangat menjimatkan masa kita semua.

Leave a Comment