Moratorium PKP 3.0- Kategori Dan Jenis Bantuan Yang Layak Di Terima

Moratorium PKP 3.0- Apabila kerajaan mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA, ia merupakan salah satu pakej bantuan yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana, dengan bantuan PEMERKASA yang kerajaan yang telah umumkan, ia secara tidak langsung dapat membantu dalam meringankan beban mereka yang terkesan sewaktu penularan wabak Covid-19. Salah satu bantuan yang di tawarkan dalam pakej PEMERKASA adalah Moratorium PKP 3.0.

Ada Beberapa Kategori Yang Telah Di Tetapkan Dalam Moratorium PKP 3.0

Moratorium PKP 3.0

Moratorium merupakan antara yang sangat penting terutama sekali sewaktu penularan wabak Covid-19. Ini kerana, pada waktu ini ramai yang kehilangan pendapatan atau kekurangan pendapatan. Justeru itu, dengan adanya moratorium sangat membantu pada waktu ini untuk mengurangkan bebanan mereka di luar sana untuk membuat bayaran pinjaman. Dalam Moratorium PKP 3.0 ada beberapa kategori yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Antaranya ialah:

Kategori 1

  • Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20)
  • Golongan B40 (penerima BSH atau BPR)
  • Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors)

Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:

Penerima dalam kategori 1 ini layak memilih sama ada:

  • Moratorium automatik selama 3 bulan atau
  • Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik.

Baca Juga: BPR Tambahan 2021: Jumlah Tarikh Bayaran Dan Cara Membuat Semakan

Kategori 2

  • Peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20)

Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:

Mereka boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian, selaras dengan pendapatan yang berkurang.

Pendekatan ini membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. 

Untuk maklumat mengenai Moratorium PKP 3.0 anda boleh layari Laman Web Rasmi Bank Negara Malaysia

Leave a Comment