Modul PDPR TAHUN 3: Panduan Dan Koleksi Modul PDPR 2021

Modul PDPR- Pada waktu ini, segala proses pengajaran dan pembelajaran hanya dilakukan secara online.

Modul PDPR

Ini kerana, pada waktu ini negara kita sedang berhadapan dengan wabak covid-19 dan semakin hari kes semakin meningkat. Disebabkan Itu, sekolah di negara kita terpaksa di tutup dan proses pembelajaran dilakukan secara PDPR.

Objektif Modul PDPR Di Wujudkan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Modul PDPR ini diwujudkan bukan sahaja kerana proses pembelajaran dari rumah semata-mata. Tetapi ia juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  • Sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang;
  • Membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum

Kaedah Modul PDPR Dilaksanakan

Ada yang tertanya-tanya bagaimana kaedah Modul PDPR ini diadakan? Sebenarnya, modul PDPR ini dilaksanakan dengan 2 cara iaitu:

Modul PDPR

1- Kaedah Menggunakan Modul PDPR

Modul ini ini di buat dan perlu di rancang secara berstruktur. Antara perkara yang terkandung di dalam modul ini ialah:

  • Modul ini mengandungi:
  • Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah);
  • Tajuk atau tema modul;
  • Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen
  • Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
  • Tempoh pelaksanaan aktiviti;
  • Nota berkaitan tajuk modul;
  • Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang mengalakkan murid belajar berdasarkan
    pengalaman sendiri
  • Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid .
  • Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
    yang ditetapkan.
  • Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir sebelum menerima modul pembelajaran

Baca Juga: Cara cancel jaringan prihatin : Panduan Tukar ke Telco Lain

Modul PDPR

2- Kaedah Kaedah Projek

Kaedah berasaskan projek adalah satu kaedah mengikut matapelajaran atau mengikut gabungan matapelajaran. Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:

  • Memberi tajuk kepada murid;
  • Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah
  • Menyiapkan projek yang diberikan;
  • Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan,
  • Peralatan dan kos yang diperlukan;
  • Menentukan jangka masa menyiapkan projek;
  • Membimbing murid menyelesaikan projek;
  • Membentangkan hasil projek;dan
  • Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek
  • Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain seperti flipped classroom, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran penyelesaian masalah.

Peranan Ibu Bapa Dan Guru Sewaktu Proses PDPR

Proses PDPR memerlukan peranan dari semua pihak terutama sekali ibu bapa dan juga guru. Antara peranan yang boleh di mainkan ialah:

Ibu bapa/penjaga berperanan untuk:

  • Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru
  • Membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.

Guru Pula Berperanan Melaksanakan PDPR Seperti Berikut:

  • Menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa
  • Merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
  • Menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid
  • Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan
  • Memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru;
  • Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid
  • Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah
  • Merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.

Koleksi PDPR TAHUN 3 2021

Ramai ibu bapa tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan modul PDPR untuk membantu anak-anak belajar di rumah. Untuk Yang mencari modul PDPR anda boleh klik link di bawah ini: 

SEKOLAH RENDAH

PDPR TAHUN 3 2021 V1

PDPR TAHUN 3 2021 V2

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA

 

 

Leave a Comment