KWSP- 4 Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Syariah

KWSP. Bagi yang sudah bekerja sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta, KWSP bukanlah satu yang asing buat kita.

kwsp

Semenjak dari kita mula berkerja, syarikat telah membuat potongan KWSP untuk semua pekerja mereka. Ini kerana, ia adalah potingan yang wajib dilakukan oleh semua pekerja dan pada setiap bulan, ia akan di tolak dari gaji kita. Ia adalah bertujuan untuk simpanan di hari tua kita. Namun begitu, sedar atau tidak, kebanyakkan akaun KWSP kita adalah akaun konvensional. Tetapi anda boleh menukar akaun KWSP kita dari akaun konvensional ke akaun Syariah.

Cara Hendak Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah

Untuk membuat pertukaran akaun KWSP Konvensional kepada akaun Syariah bukanlah satu perkara yang sukar. Terutama sekali pada zaman moden ini, untuk membuat pertukaran akaun KWSP sangatlah mudah. Ada bebebrapa cara yang boleh anda lakukan untuk membuat pertukaran akaun konvensional ke akaun syariah. Antaranya ialah:

  1. Kaunter Kwsp
  2. Kwsp mobile team
  3. Online

Bagi yang hendak membuat pertukaran akaun, anda tidak perlu membawa akaun yang rumit sebaliknya hanya bawa kad pengenalan anda sahaja.

Cara Hendak Mebuat Pertukaran Akaun Konvensional Ke Akaun Syariah Secara Online

Di atas tadi, admin ada menyebutkan mengenai penukaran akaun konvensional secara online. Memang benar, selain pergi ke kaunter, anda juga boleh membuat penukaran akaun secara online sahaja. Ianya sangat memudahkan kita dan menjimatkan masa. Cara untuk membuat oenukaran akaun konvensional adalah dengan menggunakan i-Akaun. Caranya adalah seperti berikut:

1- Log Masuk Ke Akaun i-Akaun

kwsp

Untuk membuat penukaran akaun konvensional ke akaun syariah, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah anda perlu log masuk ke i-Akaun terlebih dahulu. Jika anda belum mempunyai i-Akaun, anda perlu mendaftar i-Akaun terlebih dahulu.  Untuk log masuk anda boleh klik di sini

2- Klik Butang “Register Now”

kwsp

Kemudian, apabila sudah log masuk perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan klik ikon “Simpanan Shariah”.  Di bahagian ini, anda akan di beritahu sama ada akaun anda adalah akaun shariah ataupun tidak. Jika tidak, anda sudah boleh membuat permohonan pertukaran dengan cara klik butang ‘register now’

Baca Juga: Waktu Berbuka Puasa- Waktu Berbuka 2021 Negeri Selangor

3- Semak Maklumat Penting

Untuk bahagian yang seterus ini pula, anda perlu membuat semakan segala maklumat anda yang terdapat di dalam sistem i-Akaun. Jika terdapat perubahan maklumat tersebut, anda perlu membuat mengemaskini maklumat tersebut terlebih dahulu. Terutama sekali nombor telefon anda kerana, nombor TAC akan di hantar ke nombor telefon yang telah di daftarkan atau yang telah di kemaskinikan. Selepas itu, anda perlu klik butang “Next”

4-E-Akad Dan Nombor TAC

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian seterusnya, iaitu bahagian E-akad. Di bahagian ini anda boleh baca segala Akad yang telah di tunjukkan. Selepas selesai baca akad tersebut anda perlu klik butang “Next” Kemudian, di bahagian yang seterusnya anda perlu menyemak nama, nombor epf dan juga nombor telefon and. Masukkan juga nombor TAC yang telah di hantar di telefon anda. 

Kita Sangat Digalakkan Untuk Menukar Ke Akaun KWSP Shariah

Kesimpulanya, banyak kelebihan yang akan kita dapat jika menggunakan menukar akaun konvensional ke akaun shariah. Justeru itu, kita sangat di galakkan untuk embuat penukaran akaun KWSP konvensional ke akaun shariah.

Leave a Comment