KWSP: Masa depan ahli KWSP gelap?

Masa depan ahli KWSP malap

Kerajaan perlu mewujudkan satu pertimbangan dengan memikirkan bahawa pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tujuannya adalah untuk melindungi pencarum pada masa hadapan.

—> SIla baca juga [INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Intipati Kenyataan

  • Menurut angka yang diumumkan KWSP, sepanjang program i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, seseorang ahli KWSP (bergantung kepada jumlah simpanan) boleh membuat pengeluaran sehingga RM71,000.
  • Ini bukanlah angka yang kecil. Maka tidak hairanlah sejak tahun lalu, sebanyak RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP melalui ketiga-tiga program tersebut.
  • Kesan daripada jumlah pengeluaran ini adalah amat membimbangkan apabila 6.1 juta ahli KWSP kini mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.
  • Lebih menyedihkan, daripada jumlah itu, 3.6 juta ahli mempunyai baki kurang RM1,000. Kebanyakan mereka adalah bumiputera.
  • Mungkin disebabkan ketandusan idea atau sekadar meraih kepopularan menyebabkan ahli politik terbabit membuat desakan yang bukan sahaja tidak memberi penyelesaian mampan, malah mendorong kepada kewujudan generasi pesara yang kekeringan simpanan pada hari tua mereka.
  • Adalah menyedihkan melihat hari ini keteguhan simpanan KWSP dipertahankan oleh hanya segelintir tokoh dan wakil kesatuan pekerja, sedangkan isu ini membabitkan masa depan berjuta-juta rakyat.
  • Jika simpanan KWSP tidak dipertahankan, isu ini berisiko suatu hari nanti menjadi beban kepada generasi muda.
  • Jika warga emas kita tidak lagi mampu menyara keperluan dan kos kesihatan, pastinya kerajaan dan rakyat yang lebih muda sebagai pembayar cukai pada waktu itu perlu menanggung tanggungjawab ini.
  • Ramai ahli politik tahu apa masa depan kelam yang menunggu bakal pesara dan generasi tua jika pengeluaran awal dibenarkan berterusan.

Sumber: Ismael Yunus

–> Sila baca juga Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Lepasan dan Penganggur RM400 – RM600

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web BKM yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment